Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah ada rezeki kita memasuki bulan terakhir di tahun 2025.

Dreamy December sebab cuaca masih mendung.

Udah 2,3 hari den dok berstokin di rumah.

Tidak perlu buka kipas.

Suasana udah macam di Cameron Highland😅.

Masjid Shah Alam diseliputi kabus

Dreamy December juga kerana akan ada cuti umum.

11 Disember birthday Sultan Selangor.

25 Disember Krismas.

Sakan hiasan Krismas di pusat membeli belah ye.

Ada yang sejak pertengahan November sudah dipamerkan hiasannya.

Kalau hiasan untuk sambutan Aidilfitri tuh sendu aje.

Haish.

 

Bagi anak-anak yang bersekolah, Disember merupakan bulan yang menggembirakan.

Mereka akan mula cuti sekolah pada 19 Disember ini.

Kome sudah ada perancangan hendak bawa anak-anak ke mana-mana ke?

Seperti biasa den memang tidak ada merancang hendak ke mana lagi.

Kalau cuaca masih kurang mengizinkan, kita duduk beramai-ramai di rumah makan, main games, tengok Neflix dan tidur aje la ye.

Aktiviti-aktiviti yang den paling suka😅.

 

Jadual kerja memang mengundang kepada persoalan “bila la den hendak menang cabutan bertuah BSN RM1 juta itu😅?

Meriah jadual kerjanya.

Tetapi selagi namanya kerja, kita cuba membuatnya sedaya upaya ye.

 

Den berharap sangat dapat menghabiskan 4 buah buku yang den baca bersekali itu.

Harap juga dapat khatam Quran sebelum 31 Disember ni.

Ada 4 hari lagi puasa yang perlu diganti.

Harap dapat ganti puasa sebelum masuk 2026. 

Mohon doakan den ye.

Kena habiskan update resensi buku-buku yang telah dibaca pada tahun 2025.

Update dalam Instagram @sariereads dan GoodReads.

 

Paling tidak boleh blah adalah den berangan hendak menulis di blog setiap hari di bulan Disember ini😅.

Padahal selama ini hendak update blog seminggu sekali pun bercinta.

Tapi katanya angan-angan itu percuma kan😅?

 

Misi melayan KDrama in sya Allah akan diteruskan.

Akan terus tengok Jang Ki-yong dalam Dynamite Kiss.

 

Apa rancangan kome di bulan Disember ini?

Semoga dipermudahkan semua urusan dan happy sokmo ye.

Semoga Disember kita semua awesome teruk.

 

0 Comments