Dreamy December

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah ada rezeki kita memasuki bulan terakhir di tahun 2025.

Dreamy December sebab cuaca masih mendung.

Udah 2,3 hari den dok berstokin di rumah.

Tidak perlu buka kipas.

Suasana udah macam di Cameron Highland😅.

Masjid Shah Alam diseliputi kabus

Dreamy December juga kerana akan ada cuti umum.

11 Disember birthday Sultan Selangor.

25 Disember Krismas.

Sakan hiasan Krismas di pusat membeli belah ye.

Ada yang sejak pertengahan November sudah dipamerkan hiasannya.

Kalau hiasan untuk sambutan Aidilfitri tuh sendu aje.

Haish.

 

Bagi anak-anak yang bersekolah, Disember merupakan bulan yang menggembirakan.

Mereka akan mula cuti sekolah pada 19 Disember ini.

Kome sudah ada perancangan hendak bawa anak-anak ke mana-mana ke?

Seperti biasa den memang tidak ada merancang hendak ke mana lagi.

Kalau cuaca masih kurang mengizinkan, kita duduk beramai-ramai di rumah makan, main games, tengok Neflix dan tidur aje la ye.

Aktiviti-aktiviti yang den paling suka😅.

 

Jadual kerja memang mengundang kepada persoalan “bila la den hendak menang cabutan bertuah BSN RM1 juta itu😅?

Meriah jadual kerjanya.

Tetapi selagi namanya kerja, kita cuba membuatnya sedaya upaya ye.

 

Den berharap sangat dapat menghabiskan 4 buah buku yang den baca bersekali itu.

Harap juga dapat khatam Quran sebelum 31 Disember ni.

Ada 4 hari lagi puasa yang perlu diganti.

Harap dapat ganti puasa sebelum masuk 2026. 

Mohon doakan den ye.

Kena habiskan update resensi buku-buku yang telah dibaca pada tahun 2025.

Update dalam Instagram @sariereads dan GoodReads.

 

Paling tidak boleh blah adalah den berangan hendak menulis di blog setiap hari di bulan Disember ini😅.

Padahal selama ini hendak update blog seminggu sekali pun bercinta.

Tapi katanya angan-angan itu percuma kan😅?

 

Misi melayan KDrama in sya Allah akan diteruskan.

Akan terus tengok Jang Ki-yong dalam Dynamite Kiss.

 

Apa rancangan kome di bulan Disember ini?

Semoga dipermudahkan semua urusan dan happy sokmo ye.

Semoga Disember kita semua awesome teruk.

 

12 comments

  1. Saya juga ada dream of December ni tau..sebab Bulan yang lain dari yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bulan Disember cikgu sekeluarga awesome dan happening ye

      Delete
  2. Sini pulak semalam bukan main panas lagi rasa. Sejak Sabtu tak hujan lagi. Seronoklah orang Selangor ada extra cuti ye. Ye, kalau dua perayaan ni memang sakan, satu lagi CNY.
    Mesti tak sabar budak-budak nak cuti sekolah nanti. Apa-apun semoga yang dirancang tercapai sebelum tahun 2026.
    Bulan Disember tak ada rancangan, mengharapkan yang baik-baik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga Disember Fiza awesome meletup ye💪💪💪Semoga cuaca semakin baik juga

      Delete
  3. Semoga KSarie dapat selesai ganti puasa bulan ni, dan Disember yang baik² untuk KSarie. Saya takde rancang cuti mana², tunggu budak Sulaiman habis paper SPM dulu kot, baru pikir nak nyongket mana. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah...jenuh rasanya hendak menggantikan puasa ni😅

      Delete
  4. KSarie..... Happy December dan selamanya. Take care tau, betul sekarang sejuk kan Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy December Mulan. Semoga Disember kita molek-molek ye☺️

      Delete
  5. Bagusnya banyak aktiviti ya.
    Cuya pon membaca juga buku² motivasi islamik. Target membaca tahun ni dah tercapai tapi masih diteruskan. Alhamdulillah seronok dapat baca banyak buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Keep on reading yar. Tajuknya asalkan buku tuh ngam dengan otak dan hati kita, kita onz baca.

      Delete
  6. Saya nih walau jakarta pun sedang dingin, tp tetap AC tak boleh mati. Suami kata, betul2 macam anak salju, tak bisa lepas dari dingin 😄.

    Dec ini juga saya nak traveling lagi, tp ke negara panas pula hahahaha. Tgl 11 nanti berangkat kak, berdua saja dengan kawan. Suami dah habis cutinya, jadi tak bisa ikutlah 🤭😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti ya Fanny. Have fun yar. Nanti jangan lupa kongsikan di dalam blog ya

      Delete