Assalamualaikum.
Kereta den adalah kereta lama yang masih menggunakan CD.
Tau…tau….ketinggalan zaman betul kan😅?
Tetapi hendak diapakan ye, den ini rakyat marhaein.
Masih menggunakan kereta yang sepatutnya udah dilupuskan.
Walaupun terpleot keretanya itu aje yang ado.
Jalan aje la ye.
Den ada la koleksi lagu-lagu yang den muat turun dalam CD.
Kebanyakannya lagu-lagu lama sebab lama udah den muat turun lagu-lagu ni.
Ada lagu Melayu, lagu Hindustan, lagu English, lagu Korea segala.
Den ada lebih kurang 15 CD rasanya.
Ada satu CD khas untuk lagu-lagu raya.
Jadinya CD ini akan kami dengar semasa bergerak ke mana-mana semasa Aidilfitri.
Hampir setiap CD yang den ada itu ada penyanyi yang telah meninggal dunia.
Ada sesetengah CD yang berturutan penyanyinya telah meninggal dunia.
Kadang-kadang bila udah beriya menyanyi sampai tercabut anak tekak di dalam kereta tu, akan terkeluar ayat “lama dah meninggal si XXXX ni ye”.
Lepas itu selalunya akan menjadi sesi teringat kenangan membesar bersama-sama lagu-lagu penyanyi yang telah meninggal dunia.
Kalau cerita pasal Michael Jackson, akan terkenang choreography Thriller yang masih menjadi ikutan ramai sehingga kini.
Bila bersembang tentang Queen, teringat Freddy Mercury masa dia menyanyi dekat Live Aid 1985 terutamanya masa dia buat vocal training dengan penonton.
Sampai sekarang tiada yang dapat menandingi suara tinggi Whitney Houston.
Semua ni legend.
Tidak jumpa ganti dah.
Sembang pasal arwah Sudirman, Saleem Iklim, Shahrin Fotograf, dsb.
Cerita tentang pemain drum, gitar kumpulan rock kapak yang telah meninggal dunia.
Sedih, takut, dsb semua ada bila bercakap pasal mati ni kan.
Bila sembang pasal mereka yang telah pergi ini, akhirnya akan mengingatkan den yang den pun akan menyusul jejak deme nanti.
Tau…tau…semua lagu ni lagho tapi itu la kan den memang membesar dengan lagu dari kecil.
Ingat lagi dok menari depan cermin masa tadika lagu Billie Jeans😅.
Umur udah separuh abad patutnya udah mula tinggalkan lagu-lagu ni semua ye tetapi itu la ye hmmmmm.
Sekarang ini hendak cari kedai yang masih menjual CD terlalu susah.
Macam udah tidak ada pun iya ye.
Semua orang sudah dengar lagu yang disambungkan kepada Bluetooth bagai.
Den yang masih tersangkut di zaman CD ye😅.
Semoga Allah mengampuni dosa penyanyi-penyanyi yang pernah memeriahkan hidup kita dan dihindarkan daripada seksaan api neraka dan dikurniakan syurga.
Penyanyi mana yang telah meninggal dunia yang kome paling minat?

Legend betul ni masih guna CD. Ada lagi ke tak ek orang jual CD. Zaman dah banyak berubah. Dengar lagu sebagai hiburan suka-suka tak salah kan.
ReplyDeleteHa susah dah cari CD ni. Ada 1 kedai di Batu Gajah yang masih jual
DeleteItu la. Penyanyi dulu, lain suara dan sedap didengor. Masa zaman kaset, saya pun ada buat mixed tape, record dari radio. Zaman CD, saya pun ada beberapa mixed CDs, tapi sudah tak boleh play sebab kereta kecik saya, anak sulung sudah kidnap bawa pi Dungun. Sekarang terpaksa dengar guna spotify versi free yang ada iklan. Saya dulu tersuka music grunge, jadi saya paling minat Kurt Cobain, dari kumpulan Nirvana. Semua album dia saya ada. Tshirt pun muka Kurt Cobain dan Nirvana. Giler betul dulu.
ReplyDeleteWahhh boleh geng dekat suami KSarie. Dia pun peminat Nirvana juga. Zaman mix tape pun best tapi itu la jenuh nak tunggu depan radio nak download lagu-lagunya😅
DeleteSaya ingat zaman2 CD masih berjaya, memang koleksi lah, utk putar di mobil juga.
ReplyDeleteSaya nih tipe yg susah pindah ke lain hati kak, jadi lagu2 fav saya memang yg THN 80an,90an dan awal 2000. Itu everlasting bagi saya. Spotify saya pun playlist ya lagu2 begitu.
Lagu zaman sekarang, tak ada yg buat saya tak bosan2 utk setel berulang kali.
.kalah penyanyi yg sudah meninggal tp saya ttp suka , ada banyak sebenernya.
Tp bagi saya: Andy liany , Nike Ardilla, Freddy Mercury, memang legend lah
Betul tuh Fanny. KSarie peminat tegar lagu 70an, 80an, 90an dan awal 2000. Lagu-lagu sekarang tidak evergreen. Sekejap aje dilupai
DeleteEh... samalah cara kita tulis atas CD... Membulat ikut bentuk CD! hahaha
ReplyDeleteRamai yang tulis macam ni ye Uncle😅
Delete