The Windmill Station, Melaka

Sambung plak cerita tentang sesi berjimbaan ke Melaka almost 2 minggu sudah ye. Entah bila la nak mula cerita pasal sesi berjimbaan ke Langkawi ye huhuhuhuhuhu.

Disebabkan kitaorang malas nak naik kereta keluar cari makan masa menginap kat Hatten Place Hotel, Melaka tuh, kitaorang makan je di The Windmill Station, Melaka Raya yang terletak sepelaung dalam 10 - 15 minit berjalan kaki dari hotel tuh.
Dah namanya Windmill kan, makanya of course la ada hiasan kasut Belanda gittew. Sakan la anak-anak den main masuk keluar dari kasut tuh.
Restauran nih menyajikan makanan western.

So untuk dinner hari tuh, kitaorang ordered 2 set makanan.
Potato salad dia den suka
Yang paling sedap bagi den adalah kopi o dia yang sangat kaw yang didatangkan dalam gelas besar dengan harga RM6.90 segelas. Serious antara kopi paling kaw yang den pernah rasa. Nak pula masa kitaorang makan tuh hujan, pekena kopi o panas kaw, memang heaven sungguh la perasaannya.
Nih den dah minum suku. Serious sedap kopi o ni
Tengahari keesokannya kitaorang makan lagi sekali di The Windmill Station di Kota Laksamana pula (yang berdekatan dengan Faithview Hotel and Suites) sebab dah malas nak bergerak nak cari makan tengahari di tempat lain.

Kali nih kitaorang cuba menu lain pula.
Sedap je la semua food dia pun kat tekak den.

Tempat sesuai untuk kanak-kanak, makanan boleh diterima oleh tekak walaupun harga agak terbeliak biji mata hehehehehehe. 

Rupa-rupanya restoran The Windmill Station ada kat banyak tempat dah. Den je tak tau.

So sesiapa yang teringin nak makan makanan western, boleh singgah ke The Windmill Station yang terdekat ye. Jangan lupa rasa kopi o panas dia yang kaw itu k.

2 comments:

  1. sedap tul makanan barat tu, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp Abam Kie. Kat sini 70% hidangannya adalah makanan barat.

      Delete

Powered by Blogger.