The Christmas Train by David Baldacci

09:47
'Two people can care for each other but not want the same things. Then it doesn't work, no matter how much you love each other'.

Di kala semua shopping malls dan buzz with the Christmas decoration lately, den secara tak sengaja tercapai buku ni dari rak masa dok kalut packing last week.

Kena la buku nih dengan tema Krismas sekarang ye sebab tajuknya pun dah menggambarkan kejadian yang berlaku ketika nak menyambut Krismas.

Ianya mengisahkan tentang penumpang keretapi di dalam perjalanan ke Los Angeles yang mempunyai pelbagai kisah tersendiri. Disebabkan perjalanan menggunakan keretapi ini mengambil masa yang panjang, secara tidak langsung, beberapa orang saling terberkenalan dan menjalinkan persahabatan serta melalui pahit getir bersama-sama apabila landasan keretapi mereka terkandas akibat ditimpa timbunan salji yang tiba-tiba runtuh.

Ada sedikit je love story dalam buku ni. Yang selebihnya tentang kehidupan.

Antara penumpang yang menghiasi novel ini adalah:

1) seorang jurutera yang merupakan orang kuat keretapi tetapi diberhentikan kerana syarikat keretapi hendak mengurangkan kos;

2) seorang wartawan yang telah penat membuat liputan tentang peperangan di seantero dunia;

3) seorang penulis skrip yang hebat;

4) seorang voice over bagi beberapa watak kartun yang sangat popular;

5) seorang pengarah filem yang terkenal dan baik hati;

6) seorang undercover yang orang ingat seorang perempuan yang sangat fussy;

7) seorang pekerja keretapi yang mempunyai bakat menyanyi yang menyamai artis antarabangsa;

8) seorang bartender yang merupakan peminat tegar Elvis Presley;

9) sekumpulan koir dari gereja;

10) seorang lawyer yang sangat bossy melampau, a douche bag, etc;

11) seorang lelaki yang kematian anak dan isteri; dan 

tidak terlupakan seekor ular yang menyumbang kepada kekecohan di dalam keretapi tersebut hehhehehehe.

Novel yang sangat simple dan straight forward tetapi menyebabkan den happy sebab ianya ala-ala festive dan christmas spirit gittew.

A feel good book gittew.

Merupakan buku yang pertama den baca daripada this author. 

Den ada 7 buah buku daripada author ni yang entah bila la den nak habis baca buku-bukunya huhuhuhu.

No comments:

Powered by Blogger.