Den terjebak menginap di hotel nih kerana menghadiri Seminar Sungai Antarabangsa 2018 yang dilaksanakan di hotel ini pada 8 November lepas.

Walaupun hotel nih antara hotel yang lama bertapak di Melaka ni, hotel ni tetap cantik dan menarik. Ditambah pula dengan layanan penuh berhemah dan mesra daripada semua kakitangan hotel yang den berurusan, membuatkan hati terpaut kepada hotel ini.

Bagi pendapat peribadi den, hotel ini merupakan antara hotel yang terbaik yang den pernah menginap sepanjang hidup den. Customer service 5 bintang. Kemudahan yang disediakan termasuklah bilik hotel, swimming pool, bilik seminar, breakfast buffet spread, tempat letak kereta, etc 5 bintang.

Lobi hotel sangat luas dan disediakan kemudahan sofa untuk kita berehat sementara menunggu urusan di kaunter, etc.
Bilik hotel yang luas serta lengkap serba serbi memang sangat memudahkan dan menyenangkan sesiapa yang menginap di sini.

Ada 4 biji bantal yang empuk bagi sebuah katil king. Serious best bagi orang yang memang tidur dengan banyak bantal macam den nih ha.
Kelengkapan iron, iron board, peti besi, fridge, air mineral, pelbagai jenis serbuk teh dan kopi, televisyen yang ada pelbagai channel, etc menyebabkan den rasa nak lepak je kat bilik hotel, tak nak bergerak ke mana-mana pun heheheehhehe.
Bilik air yang besar dan shower yang berfungsi memang best.
Swimming pool dia yang paling menggoda jiwa sebenarnya. Anak-anak den boleh mandi kat infinity pool dia sebab pool tuh direkabentuk dari kedalaman yang paling rendah hingga ke kedalaman paling tinggi. Depa gembira sangat sebab pool kanak-kanak kat mana-mana pun biasanya besarnya seciput je. So bila dapat mandi pool orang dewasa yang tak dalam sangat diaorang memang sakan berjimbaan sampai kecut-kecut badan.
Pool kanak-kanak
Parents yang menunggu anak-anak mandi pool boleh la melepak kat kerusi yang disediakan tepi pool tuh.
Breakfast buffet spread dia memang menarik terutamanya bahagian roti dan pastries tuh. Serious banyak gila dah macam kat kedai roti plak. Makanan berat macam nasi goreng, nasi lemak, mee sup, etc semua ada. Tapi disebabkan den dok kalut nak makan cepat-cepat sebab nak mengejarkan masuk ke seminar, makanya tak sempat la den nak ambil gambar dan makan sampai lebam.
Yang bestnya untuk kanak-kanak bawah 12 tahun boleh breakfast tanpa caj tambahan di sini. So walaupun den dapat free breakfast for two, tetap la jua anak-anak bertuah 2 orang tuh dapat breakfast sama secara percuma.

Den tak sempat siasat gym dan spa yang disediakan di sini sebab dok kalut pergi seminar. Walaupun kedudukan kedua tempat nih bersebelahan dengan pool je, tetap la tak sempat nak jenguk.
Sedap bau semua rempah ratus yang menjadi hiasan hotel ni
Bilik seminar pun selesa, bersih dan besar.

Kita boleh letakkan kereta di ruang di dalam hotel atau di kawasan lapang berhadapan dengan hotel.

Den memang merekomendasikan hotel sebagai penginapan kepada sesiapa yang nak berjalan ke Melaka. Dah la lokasinya superb (dekat dengan almost semua attractions di Bandar Hilir dan sepelaung dari Melaka Parade Shopping Mall, hotelnya sangat mesra keluarga dan selesa.

A must stay hotel at Malacca k.

4 Comments

  1. Menariknya roti and pastries dia. Banyak choice!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat. Rasanya first time sarie jumpa hotel yang ada banyak gila spesies roti dan pastries. Sedap-sedap plak tuh.

      Delete
  2. Teringin nak ke Melaka lagi tp duit belum cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah cukup tabungan kena datang tau Melaka. Tempatnya memang menarik

      Delete