![]() |
| Ayam bakar yang jenuh naw rasanya hendak memasaknya. Sebelah kentang itu adalah terung yang hangus terbakar dalam oven😅 |
![]() |
| Berkenan dooh dekat golden peach ni tapi tak sempat hendak beli sebab mengejar masa |
![]() |
| Terlupa hendak ambil gambar ikan bakar yang dimakan sama |
![]() |
| Putihah ni patut eat clean sama dengan omma. Semakin membulat anak bulus ni. |
![]() |
| Tahun 2025 - 2026 banyak kali tidak sihat F ini. Semoga di bawah lindungan dan rahmat Allah selalu hendaknya |
![]() |
| Tidak sangka pokok bunga kenanga ni berbunga lebat. Arwah atok selalu letak bunga kenanga ni dalam bedak sejuk yang dia buat. Baru nampak buah mulberi setelah dicantas dahannya |
![]() |
| Jaringan pengangkutan keretapi kita agak molek sebenarnya |
![]() |
| Dinner di satu hari sebab sampai rumah udah malam buta |
![]() |
| Sekali kekonco ajak makan lasagna. Maka ayuhlah kita. Tahun depan kita cuba eat clean lagi😅 |









Dooh golden peach?? Dooh roti ke atau buah peach huhuu.. confius pulak.. semoga f diberi kesembuhan sentiasa .. musim skrg ni .. anak saya pun demam panas hari ini..
ReplyDeleteBerkenan dooh tuh maksudnya berkenan sangat😅Panas siap pakej jerebu sekarang ni
DeleteTerliur nampak betikk.. Sis suka makan betikkkk.. okayy nak cari betikkkkkk
ReplyDeleteBetik memang molek kan. KSarie pun suka makan betik
DeleteMurah tak golden peach kat sana? Ada nampak kat sini mahal sangat.
ReplyDelete3 biji RM21 masa dekat kedai yang KSarie pergi tu
DeleteRamai je yg suka terung terbakar cam tu... efek smoke gitu....
ReplyDeleteMasalah udah tiada rupa terung dah ni😅
DeleteKalau saya, masak ayam bakarlah paling mudah sebab campak aje di AF 😄
ReplyDeleteSuka bau bunga kenanga, wangi. Kalau rajin, jadikan bunga rampai dengan daun pandan. Kalau kurang rajin, saya letak gitu je dalam kereta atau di rumah.
Nampaknya kena cari air fryer lepas ni. Bunga kenanga memang wangi tapi dulu arwah Tok kata momok suka duduk di pokoknya😅
DeleteWah, KSarie pakai pinggan suku-suku-separuh. 👍 Healthy betul dinner tu, sayur dan buah je. Kesian dekat anak kalau selalu tak sihat. Semoga F baik² je, ye. 🤲
ReplyDeleteIn sya Allah harapnya baik-baik sahaja anak kontot seorang itu
DeleteAyam bakar memang leceh nak tunggu masak. Boleh cuba kaedah rebus kejap bagi masak atau separuh masak, lepas tu perap dan bakar. Kalau teknik rebus dulu tu macam cepat sikit masaknya.
ReplyDeleteGolden peach macam kurang sikit pada saya sebab keras sikit. Saya prefer donut peach. Tapi kalau orang ada gigi kuat okay kot makan golden peach ni.
Besar betul dak putihah tu. Berapa berat agaknya?
Semoga F baik-baik saja. Aamiin...
Bunga kenangan kalau tanam terus dalam tanah bukan dalam pasu dia lagi cepat membesar dan senang berbunga. Ohh baru tahu ada orang letak dalam bedak sejuk ye. Mesti harum baunya. Kadang suka petik sangkut kat lubang aircond kereta ni. Kalau campur dalam bunga rampai pun wangiiii...
Alamak, rosak diet kejap makan lasagna. hihihi...
Ha Putihah tu sakan dia membulat😅Mau 3 kg tuh ye😅Nanti KSarie nak kena cuba makan semua jenis peach sebab bila minum air peach di kedai sedap je rasanya. Samada kena beli air fryer untuk masak ayam bakar atau masak sup aje nampaknya supaya lagi mudah.
DeleteMulberry kalau rajin dicantas memang galaklah dia berbuah.
ReplyDeleteKenanga tu my fav bunga, wangi & classy :)
Kadang-kadang lupa nak cantas pokok mulberry tuh langsung merimbun daunnya
DeleteSaya pikir tadi kobis goreng, ternyata terung hangus ya kak 😅😅.
ReplyDeleteTp lihat menu buah2an nya saya langsung teringin. Nak beli pepaya lah nanti.
Golden peach itu blm coba. Jarang ada di sini
Bunga kenanga mama saya suka letak dalam lemari. Memang wangiii lah. Bunga kenanga dan melati biasanya
Lama betul tidak jumpa bunga Melati....nanti nak cari pokoknya di nurseri kalau ada. Suka juga bunga Melati.
DeleteTerbau² wanginya bunga kenanga tu.
ReplyDeleteKenanga, tanjung dan melur sampai sekarang boleh ingat bau² nya. Suka sangat.
Ha...bunga-bunga klasik ni ye
Deletesaya nampak bunga kenanga tu terus teringat yang saya nak tanam bunga ni tapi belum beli lagi. huhu.
ReplyDeletesaya ada baca alaman minum air rendaman bunga ni baik untuk kesihatan dan buat badan wangi peluh tak berbau. selain butik bunga rose bunga ni bagus kita amalkan
Oooo baru tau bunga kenangan boleh dibuat air minum
Delete