Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Diharapkan semuanya sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.
Den hendak kongsikan sebuah buku yang den tahu kewujudannya bila den membaca buku Autobiografi Shahnon Ahmad di mana beliau mengatakan sekiranya semua ahli PAS menghayati intipati yang disampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz di dalam buku Persiapan Menghadapi Maut Siri1 dan Siri 2 pastinya perjuangan PAS akan sentiasa berada di landasan yang benar.
📘Persiapan Menghadapi Maut Siri 2 Roh Yang Bersedih
✍️Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
📖193 mukasurat
🏫Koleksi Sendiri
![]() |
| Buku ini den beli preloved daripada Shopee. Memang sudah kurang kacak tetapi intipatinya memang padu buat kita terkebil-kebil mengenang nasib di manakah kita akhirnya |
Manusia sering terlupa dan terlalai bahawa malaikat maut saban hari menziarahinya 5 kali sehari, memerhatikan dan merenung wajah manusia 70 kali sehari dan manusia menyangka bahawa usia mereka masih lama
Sebaris ayat di bahagian seulas kata ini sudah buat rasa hendak DNF (did not finish) dulu buku ini sebab tidak bersedia hendak mengenang dosa yang berenyut-renyut, sokmo hanyut dengan tipu daya dunia yang telah sering kali diingatkan, lupa pada perumpamaan kita sebenarnya tinggal di dunia seolah-olah sehari sahaja, terlupa atau buat-buat lupa setiap hari makin dekat dengan lubang kubur, dsb.
Buku ini adalah salah sebuah buku yang anak den si A pilih untuk den semasa den warded di Hospital Shah Alam😅.
Syahdu dan seriau bila membaca buku ini ketika itu.
Bila sakit ni memang lain sikit hatinya ye.
Siri 2 merupakan sambungan daripada bab 34 - 70.
Setiap tajuk bab sememangnya menggerunkan hati.
Bila membaca perinciannya terus terkesima dan kemurungan mengenang nasib diri sebab kita boleh agak tahap iman kita macam mana.
3 perkara yang perlu disegerakan untuk orang mati - memandi dan mengkafan, urusan pengkebumian dan pembayaran hutang (termasuk hutang Haji).
Kubur kesal dengan sikap manusia yang melupakannya dan membawa bersama amal buruk ke dalamnya.
Hanya iman dan taqwa yang dapat membantu kita di dalam kubur.
Syaitan akan cuba menyesatkan kita semasa disoal oleh Munkar Nankir di dalam kubur.
Tok Guru pesan banyak kali dalam buku ini untuk sentiasa berdoa agar dilindungi daripada seksaan azab kubur.
Den sudah lupa den baca di mana yang katanya kalau boleh selalu amalkan doa di bawah:
Lindungi kami daripada menyekutukanMu atau mensyirikkanMu secara kami sedari atau tidak, secara kami ketahui atau tidak.
Lindungi kami daripada kekafiran dan kefakiran.
Lindungi kami daripada fitnah kehidupan dunia, lindungi kami daripada fitnah kematian, lindungi kami daripada seksaan azab kubur dan lindungi kami daripada fitnah dajjal.
Lindungi kami daripada kesedihan dan kegelisahan hati, lindungi kami daripada sifat malas dan lemah, lindungi kami daripada sifat bakhil dan pengecut, lindungi kami daripada cengkaman beban hutang, lindungi kami daripada penindasan manusia dan lindungi kami daripada kejahatan dunia.
Lindungi kami daripada ilmu yang tidak bermanfaat, lindungi kami daripada hati yang tidak kusyuk, lindungi kami daripada nafsu yang tidak pernah kenyang dan lindungi kami daripada doa yang tidak dimakbulkan.
Bagi kita yang masih ada hayat, umur dan rezeki, ayuhlah kita bersegera berusaha kembali kepadaNya dengan memperbanyakkan bekalan untuk akhirat, melepaskan genggaman kepada dunia, berusaha melangsaikan semua hutang piutang, mohon perlindungan daripada fitnah Dajjal dan hasutan syaitan, sentiasa memohon agar diberi rahmat dari sisi Allah selalu, dimatikan dalam keadaan beriman, dilindungi daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
![]() |
| Kebetulan masa baca ni memang tengah terbaring di atas katil di wad hospital, makanya memang touching betul rasanya |
7 saluran pahala berterusan:
✅mengajar ilmu dengan ikhlas
✅membina parit/tali air/terusan
✅membuat telaga/bina kolah masjid/tanggung bil air masjid
✅tanam pokok buah-buahan
✅membina masjid/derma/wakaf bagi bina masjid
✅wakaf Quran
✅mendidik anak-anak soleh/solehah.
Buku yang perlu diulang baca supaya menjadi peringatan berterusan untuk sentiasa berusaha berada di jalan yang benar.
Den masih cuba mencari Buku Siri 1 Persiapan Menghadapi Maut: Mati Suatu Peringatan tetapi setakat ini belum ditemui.
Buku Siri 1 hanya berada di Perpustakaan Negara dan Perpustakaan JAKIM, Putrajaya.
In sya Allah kalau terpergi ke dua perpustakaan ini satu hari nanti den cari bukunya.
In sya Allah masih ada untuk membaca Surah Al-Kahfi.
Moh kita.
Jaga diri semua.




bagus sekali buku ini. sy kena beli satu utk bacaan sebelum mati. Thanks for sharing...
ReplyDeleteSama-sama AK
DeleteDeep betul kata-kata. Mau merembes air mata bila membaca. For sure rasa insaf tu menjelma kan. Ada hikmahnya anakanda memilih buku ni.
ReplyDeleteHa kita husnuzon dengan buku pilhan anak bertuah itu ye
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Bagus buku ni, mengingatkan kita tentang kematian.
ReplyDeleteSama-sama kasih PH😊
DeleteBuku yang sangat mendalam susunan Tuan Guru. Tajuk berat tapi penuh tazkirah insaf untuk persediaan kita, memang deeply touching sangat tazkirah 7 saluran pahala berterusan ni. Moga akak cepat sembuh dan dipermudahkan urusan! Bab mana yang paling memberi kesan bila baca di wad?
ReplyDeleteBab 40 di mana Malaikat Maut menjenguk setiap hari sebab terkenang kadang-kadang perangai lagho tak dapat dibawa berbincang itu tidak ketahuan🥹
DeleteRasa takut sebenarnya apabila memikirkan tentang mati. Moga kita sentiasa istiqamah membuat persediaan untuk pulang ke sana.
ReplyDeleteIn sya Allah semoga kita semua istiqamah meyediakan bekal untuk kembali kepadaNya
DeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin.
ReplyDeleteThanks for sharing semuanya KSarie.
Sama-sama kasih Mulan
DeletePernah ada buku ni... Tah mana letaknya.
ReplyDeleteKalau UG ada buku yang Bahagian 1 nak pinjam boleh ke?
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Rupa-rupanya tanam pokok buah tu panjang pahalanya. Patutlah ramai yg berkebun & share hasil tanaman.
ReplyDeleteUntung mereka yang ada rezeki tangan sejuk menanam semuanya menjadi dan dapat berkongsi dengan jiran tetangga kan
Deletebagus isi kandungan buku ni. nice sharing
ReplyDeleteSama-sama
DeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSama-sama
DeleteTerasa insaf apabila membaca buku sebegini.
ReplyDeleteSemoga kita sama-sama istiqamah menyediakan bekalan ke sana ye
DeleteKadang bisa menangis kalau baca buku ini 😭. Langsung takut. Tapi nak berharap pemimpin negara Indonesia baca buku ttg kematian, memang musykil rasanya. Dia pun merasa tak berdosa soalnya.
ReplyDeleteSaya agak bingung ketika baca, pembayaran hutang termasuk hutang haji? Maksudnya saat berangkat haji pakai hutang?
Dah lama sangat bukunya ya kak. Nak saya cari di sana pun rasanya mustahil 😅😅. Mungkin dah tak jual.
Hutang haji maksudnya sekiranya kita meninggal dunia dan tidak sempat menunaikan haji, sepatutnya waris membuat badal haji untuk kita. Sekiranya kita ada harta, sebelum difaraidkan, diketepikan duit untuk membayar hutang termasuk hutang badal haji.
Deletemeremang baca part malaikat tengok wajah kita 70 kali sehari. kita pun tgok diri kat cermin tak sekerap itu... bagusnya inti pati buku2 ni. terima kasih share doa tu. nak kena jadikan as doa default saya setiap kali lepas solatlah
ReplyDeleteSama-sama kasih Mazni. Ha in sya Allah kita usahakan supaya dapat membaca doa ini selalu
DeleteMasya-Allah, takutnya.. malaikat maut datang jenguk kita 5 kali sehari. Allah...
ReplyDeletesemoga KSarie dapat jumpa yang siri 1. Pesanan Tuan Guru Nik Aziz ni, memang selalu terkena batang hidung sendiri, kan.
Ha pesanan ustaz dan ulama' memang selalu kena setepek dekat muka huhuhu
Delete