Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bak kata penyanyi Siti Fairuz 'apa khabar mu di sana. Lama sudah tidak berjumpa'.
Kalau Generasi Z mungkin tidak tahu lagu ini kan😊
Minggu lepas tiba-tiba terasa teringin macam hendak makan sup daging.
Teringin yang macam mengidam.
Yang tidak boleh tidak makan macam tu.
Dasar perangai ye😅.
Lalu seperti biasa kena la bodyguards kena melayan kehendak acik bawang ni😅.
Lepas google sana sini ternampak pasal sup kambing di Warung D'Alang.
Maka ayuhlah kita.
Disebabkan hari Sabtu makanya agak bercinta hendak mencari parking yang dekat dengan kedai.
Kalau rajin hendak menapak banyak je tempat parking nya.
Senang kalau parking di depan Dataran Birch Clock Tower dan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri).
Cuma 5 minit berjalan ke Warung D'Alang.
![]() |
| Luar restoran ada mural ini |
Restorannya sempoi sangat tapi welcoming.
Kakitangan yang bertugas pun berhemah melayan kami menjawab pertanyaan kami pasal menu yang ada.
![]() |
| Budak bertuah si A sekarang semua gambar den ambil dia nak selitkan tanda bagus dia ni |
Ada banyak pilihan menu.
Tepuk dada tanya perut ye.
Harga pun mampu milik.
Watak utama bagi menu yang dipesan sudah pasti sup daging.
Kami pesan Mee Goreng Kuwo Biasa, cucur jagung, lempeng dan sambal serta nasi putih telur dadar.
Kalau telur dadar tu memang si F punya la.
Dari kecil sampai nak masuk 16 tahun itulah makanan favourite nya.
Sup daging dia memang kami sebulat suara bersetuju memberi markah 5/5.
Pekat likat memikat.
Tetapi tidak terlalu rasa rempah yang kadang-kadang sesetengah sup rasa udah macam jamu.
Daging lembut sangat.
Sesuai untuk orang macam den yang gusi dan gigi udah makin terpleot.
![]() |
| Mangkuk sup pun comel. Ikan kap kah ke ikan emas? |
Mee Goreng Kuwo Biasa ini pun antara yang kome kena pesan kalau ke sini ye.
Mee itu sendiri sedap, lembut dan kenyal.
Acaner tuh ye😅?
Tidak pedas, unik rasa tumisannya.
Pendek kata kena la dekat tekak kami.
Cucur jagungnya surprisingly molek sungguh.
Adunan jagung dan tepungnya sekata.
Tidak berminyak.
Si A makan beriya cucur jagung ni.
Lempengnya untuk den kurang sikit sebab gebu gebas macam pancake.
Tapi deme ni suka.
Biasa la den tekak kampung.
Lempeng sepatutnya rupa seperti lempeng begitu😅.
Kata F telur dadarnya sedap sangat.
Ini review yang perlu diterima dengan sedikit curiga sebab bagi dia asal namanya telur dadar semuanya sedap😅.
Tapi memang thumbs up untuk semua menu yang kami makan.
Semua ni kami makan siap air dalam RM51.
Kami minum air kosong dan air teh o ais.
Deme ni siap merancang untuk berbuka puasa di sini Ramadan nanti.
Maknanya memang berkenan sungguh la deme dekat makanan di sini.
Kalau ikut den, kita makan satu kali sahaja di satu restoran/kedai makan/warung sebab ada banyak lagi tempat untuk dicuba.
Tapi itu la ye, demi kasih kuturutkan begitu.
Eceh😅.
Kalau ikutkan maklumatnya, kedai ini beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad 9 pagi - 9 malam.
Kalau kome ke Ipoh singgah makan di sini ye.
Dengan Plan B Ipoh, Mural Ipoh yang terkenal tu memang sepelaung je la.
Tidak sampai 5 minit berjalan kaki boleh sampai.
Kira dekat center of attractions juga la lokasinya ni.







.jpg)





Menarik juga menu-menu yang dihidangkan. Kecur liur juga LeYa tengoknya.
ReplyDeleteHa banyak pilihan lain juga
Deletemacam2 ada tu terliur pulak tengok sup daging tu.
ReplyDeleteSup daging tu memang thorbaik
DeleteMenarik kedainya siap ada mural cantik. Saya tertarik tengok menu tu, rasa nak mencuba kalau ada ke Ipoh. Kuwo tu apa maksudnya ya?
ReplyDeleteKuwo itu kata owner tu maksudnya kuah
DeleteKalau balik Ipoh boleh la ke sini pulak.
ReplyDeleteHa boleh singgah kalau ada kesempatan nanti ye
DeleteTak dapat menaip semua nama menu yang KSarie makan ni. Semua nampak sedap dan geram sebab jauh nya lah. Sup daging tu, alahai terasa kat tekak ni tau.
ReplyDeleteMemang ngam betul sup dagingnya tu😋
Deletenampak sedap betul tengok gambar daging tu. tebal, tapi lembut!
ReplyDeleteHa sesuai la dengan KSarie yang gigi dan gusinya makin terpleot ni
DeleteSaya tak pernah sampai kedai ni, KSarie. Boleh la cuba nanti. Saya setuju dengan anaknya, F, itu, nasi, sup, telur dadar sudah marbeles! 👍👍 Letak thumbs up juga, tiru anak KSarie, A. 😁 Cantik restorannya di dalam. Cucor jagung pun helok kejadiannya, bulat-bulat jer.
ReplyDeleteHa cuba nanti tau....in sya Allah berbaloi. Senang nak membela F tuh sebab itu je makanan yang direquest😅
DeleteEh, by the way, cantik bebenor template baru KSarie ini. Siap ada slide bergerak-gerak di bawah. 👍😊
ReplyDeleteHehehhee mekasih😊
DeleteMemang harus balik saya ke Ipoh. Tak puas hanya 2 malam waktu itu. Dan kedai makan ini tak tahu pulaaaa 😭. Kalau tahu dah saya datangi kak.
ReplyDeleteMemang sukaaa lah kalau sup daging. Apalagi pakai mi. 😍😍
Harus datang lagi ya Fanny ke Ipoh yang sangat popular dengan kuliner nya
Delete