Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari kedua program Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) dimulakan dengan aktiviti yang tidak dijangka iaitu white water rafting sepanjang 2 km di Sungai Kampar sedangkan dalam jadual asal aktivitinya adalah santai dan mandi sungai.

Memang awesome banget ye aktiviti ini.

Pengalaman pertama kali white water rafting bagi semua ahli kumpulan Bestie.

Den memang kecut perut kalau aktiviti-aktiviti lasak ni huhuhuhu.

 

Perjalanan dari River Campsite Gopeng ke titik mula white water rafting mengambil masa lebih kurang 20 minit menaiki lori.

Rombongan Cik Kiah naik lori

Memang berdebar ye hendak buat aktiviti white water rafting ni.

Steady je Kak Seri Wangi yang berumur 63 tahun yang naik bersama den.

Biasanya satu raft dalam 4 - 6 orang + seorang guide.

Tetapi disebabkan hanya separuh peserta TOMER2022 menyertai aktiviti ini, 1 raft 2 - 3 orang + seorang guide.

Antara pengalaman best dalam hidup den.

Memang hati macam nak tercopot sepanjang aktiviti ni tetapi memang awesome ye.

Walaupun berdebar tapi kami happy banget paddle forward dan backword semasa aktiviti tersebut.

Sangat berbaloi.

 

Sayangnya gambar-gambar kami semuanya semasa raft tuh terpusing.

Jadinya tak nampak la muka kami huhuhuhuhu.

Tidak nampak pula kelibat kami dalam video huhuhuhu.

Kaki den yang ternaik ke atas tuh membuatkan den teringat kepada salah satu aksi Madonna seperti gambar di bawah heheehehhehe

Den rasa kalau menginap di Gopeng River Campside, memang kena cuba white water rafting ni, kalau tidak macam tidak lengkap berkhemah di situ.

Team Bestie

Selain aktiviti white water rafting, fun trip rafting, Radak Adventure juga menyediakan empat (4) aktivti lasak lain seperti waterfall abseiling (air terjun Geruntum), river tubing, cave exploration (Gua Tempurung) dan sunset hiking (hiking Bukit Batu Putih).

Kalau buat team building pun menarik di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Gopeng River Campside dan aktiviti-aktiviti yang korang boleh cuba termasuk white water rafting ni, boleh layari:

Website: www.radakadventure.com

Facebook: https://www.facebook.com/RadakAdventure

Instagram: https://www.instagram.com/radak_adventure

Telefon: 014-2944404

Email: info@radakadventure.com

Moh korang cuba white water rafting, in sya Allah memang awesome aktivitinya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menganjurkan program TOMER 2022 ini.

Tourism Malaysia : @malaysia.truly.asia

Perak Tourism : @tourismperak

KL Tourism : @visitklofficial

Perodua : @perodua

Montanic : @montanic_adventure

Pepsi : @pepsimy

Wonda : @wondacoffee

Steg Hotel : @steghotelkl

Bora Ombak : @boraombak_marinaputrajaya

Bagas Zakaria : @bagas.zakariah

Selangor Fruit Valley: @selangorfruitvalley

 

Tahniah Tourism Malaysia yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 2022.

Bersama Melestarikan Pelancongan Negara

 

#TOMER2022 #CutiCutiMalaysia

2 Comments

  1. Bestnya! Moga suatu hari saya aa keberanian untuk cuba hehe

    ReplyDelete
  2. Ha...bidan terjun sebab terpaksa ni hehehhee. Tapi memang berbaloi

    ReplyDelete