Muzium Sarawak

Touch down je kat Lapangan Terbang Kuching, terus je kitaorang pergi lunch. Lepas check in dan letak barang, terus bergegas ke lokasi pertama lawatan teknikal iaitu Muzium Sarawak.

Muzium Sarawak ni ada banyak bahagian pameran tapi ada sebahagiannya ditutup bagi kerja-kerja penambahbaikan.

Makanya kitaorang masuk ke bahagian Muzium Orang Sarawak je.

Dah namanya muzium kan, dah tentu banyak sangat maklumat yang tak tersempat den nak baca hehehehehehe.

Jejak je kaki ke muzium ni, kita akan diberikan paparan kronologi sejarah Borneo termasuk Sarawak.
Di kawasan yang sama juga kita boleh tengok maklumat demografi dan geografi Sarawak.
Maklumat tentang flora dan fauna sepintas lalu juga ada di sini. Ada tangga di muzium ini yang dibuat dari kayu belian yang sangat tahan lama.

Of course akan ada cerita tentang the Brooke’s family dan Rentap. Antara kita sempat tak tersempat baca je la.
Antara pameran yang paling menarik perhatian den kat sini adalah baju perang orang Iban yang diperbuat dari sisik ikan empurau, pelbagai jenis tempayan dan maklumat tentang head hunting.

Baju perang orang Iban yang diperbuat dari sisik ikan empurau atau ikan kelah yang merupakan ikan yang sangat mahal dipercayai dapat menangkis daripada serangan lembing. Kalau ditengokkan sisik ikan pada baju perang tuh, memang besar-besar sisiknya. Kalau sisik ikan dah besar tuh, ikannya tak tau la sebesar mana kan.
Baju perisai dari sisik ikan kelah
Beberapa jenis tempayan yang mana setiap jenis tempayan mempunyai fungsi tersendiri.
Tempayan jabir (bahasa Iban) digunakan sebagai bayaran sekiranya kita memasuki kawasan sawah padi yang masih berada dalam tempoh larangan atau bayaran bagi memotong pokok di laluan ladang.
Tempayan menukul digunakan sebagai bayaran pampasan sekiranya ada mencederakan orang lain di rumah panjang atau pampasan sekiranya sesuatu mencuri di ladang.
Tempayan juga digunakan sebagai tempat pengebumian bagi kaum tertentu.
Cerita pasal tempayan je dah banyak kan? Betapa banyaknya maklumat kat dunia ni yang kita masih tak tau.

Cerita tentang head hunting atau pemburuan kepala disertakan sekali dengan beberapa tengkorak yang digantung.
Ada juga dipamerkan artifak daripada kerja-kerja ekstraksi di Gua Niah.
Muzium ni tak sebesar mana tapi lengkap dengan pelbagai cerita berkaitan dengan tradisi dan orang Sarawak.
Yang bestnya ada disediakan ruang untuk melukis untuk kanak-kanak.
Maklumat infografik yang boleh diperolehi di sini memang sesuai untuk siapa yang tak beberapa minat nak membaca tapi nak mendengar cerita tentang sejarah.
Di luar bangunan muzium nih ada 2 tiang yang sangat besar dan dimaklumkan bahawa terdapat keranda yang mengandungi mayat di dalam tiang-tiang ni.
Muzium juga tak pernah masuk dalam senarai lawatan kalau den pergi berjimbaan. So bila dah diarahkan untuk melawat muzium, den cuba baca maklumat yang ada setakat yang lalu tapi kan sejak-sejak dah masuk umur 40 tahun ni, rasa macam menarik juga melawat muzium sebenarnya.

No comments:

Powered by Blogger.