Kampung Budaya Sarawak

Kali pertama dan terakhir den ke Kampung Budaya Sarawak atau Sarawak Cultural Village ni adalah pada tahun 1997 pada umur 17 tahun, rombongan MRSM Muar.

So selepas 23 tahun, den kembali lagi ke sini bersama rombongan lawatan teknikal pula.

Rasanya macam takde perubahan apa-apa di sini sejak den datang buat pertama kali cuma sejak beberapa tahun lepas, Rainforest World Music Festival Consert diadakan di sini setiap tahun.

Lepas membeli tiket, kita akan diberikan passport di mana kita boleh mendapatkan cop di setiap rumah budaya yang terdapat di sini.

Kita boleh melawat rumah kaum yang terdapat di Sarawak iaitu Rumah Panjang, Rumah Iban, Rumah Bidayuh, Rumah Melanau, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melayu dan Rumah Cina.

Dalam kesemua rumah budaya yang dilawati, den paling berkenan dengan Rumah Orang Ulu sebab ukiran tiangnya cantik sungguh.
The beautiful Orang Ulu House
Di setiap rumah ni kita berpeluang tengok suasana rumah tersebut di samping disambut dengan tarian tradisional etnik di rumah tersebut. Kita boleh juga menari sama dengan penari-penari yang cantik tuh. Den paling berdebar tengok penari menari tarian buluh di Rumah Bidayuh, takut tersepit kaki huhuhuhuhu.
Manis-manis gadis Sarawak yang dok menari ni

Salahsilah keluarga atau family tree
Kita juga boleh menikmati makanan tradisi yang dimasak panas-panas di setiap rumah di samping melihat alat dan pakaian tradisi yang dipamerkan. Den paling suka lempeng sagu yang dimasak di Rumah Bidayuh, serius sedap. Makan plak panas-panas, memang heaven sungguh.

Di sesetengah rumah ada juga jualan kraftangan yang kita boleh beli sebagai cenderahati.
Antara kraftangan yang dijual
Hanya terdapat 2 waktu persembahan di teater kebudayaan yang mengambil masa 45 minit iaitu pada 11.30 pagi dan 4.00 petang. Don’t miss out this superb performance yar.

Tak banyak gambar yang den ambil kat sini sebab dah terpenat dan lebih focus nak makan kuih di setiap rumah yang dilawati hehehehehhehehe.
Jambatan buluh yang wajib dilalui
So kepada sesiapa yang ingin melawat Kampung Budaya Sarawak, maklumat penting untuk diketahui adalah:

Waktu operasi : 9.00 pagi - 4.45 petang (Isnin - Ahad)

Harga tiket : RM 60 (dewasa) dan RM 30 (kanak-kanak 6 - 12 tahun)

Waktu persembahan teater kebudayaan: 11.30 pagi dan 4.00 petang

No comments:

Powered by Blogger.