Titian Kanopi di FRIM Mata Ayer, Perlis

Disebabkan den tak tersempat nak naik titian kanopi atau titi gantung di FRIM Kepong yang telah ditutup pada tahun 2014 di atas sebab keselamatan (titian kanopi ditambat atau diikat pada pokok hutan di mana pokok-pokok tersebut telah semakin tua), makanya kita mencuba nasib la nak naik titian kanopi di FRIM Mata Ayer, Perlis yang terletak di dalam Hutan Penyelidikan Guar Cenderai dah alang-alang kitaorang menghala ke utara nih ye.
Disebabkan kitaorang tergedik-gedik bersiap nak keluar dari hotel Sentosa Regency Hotel, Alor Setar, Kedah + google maps terbengong pergi bagi jalan yang masuk ceruk kampung bagai, makanya kitaorang tersampai ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau FRIM Mata Ayer, Perlis betul-betul pukul 1 tengahari di mana waktu rehat semua kakitangan di situ (1.00 - 2.00 petang).
Kitaorang terbertembung dengan Pn Rabiatun, Penolong Penyelidik di FRIM, Mata Ayer masa dok tertinjau-tinjau maklumat yang terdapat di pejabat tuh. 

Gamaknya beliau kesian dengo kitaorang datang all the way from Shah Alam, makanya beliau korbankan waktu rehat beliau untuk entertain kitaorang sebab kawasan untuk naik titian kanopi tuh berpagar, makanya memang perlu ada staff yang bukakan kunci mangga di pagar tersebut.

Di dalam kawasan Hutan Penyelidikan Guar Cenderai ni juga disediakan beberapa buah chalet sekiranya kita berminat untuk menginap di sini. Tapak perkhemahan turut disedaikan. Ada pelbagai aktiviti lain yang boleh dibuat di sini tetapi kitaorang memang nak naik titian kanopi tuh je pun.

Tiket yang dikenakan bagi meniti titian kanopi nih murah sangat. Kalau tak silap (sebab dah keterlupaan), RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Comel lote je titian kanopi FRI M Mata Ayer ni. Tak sampai 10 minit pun nak habiskan satu pusingan berjalan kat atas titian kanopi ni. Disebabkan den melayan superheroes 2 orang tuh, merasa juga la meniti 3 rounds di sini.
Titian kanopi di sini dipasakkan pada menara besi. 

Walaupun titian kanopi kat sini tidak la setinggi mana pun jaraknya dari atas tanah dan ada jaring di sepanjang laluan tuh (in sya Allah untuk kanak-kanak pun selamat) tetapi tetap la jua den berdebar-debar masa meniti jambatan gantung tuh.

Tips untuk datang ke titian kanopi, FRIM Mata Ayer, Perlis:
1. make sure buat temujanji especially kalau datang in groups;
2. datang waktu office hour (8 am - 1 pm dan 2 pm - 4 pm);
3. pakai flat shoes & suitable attire.

A must visit place if you ever visit Mata Ayer, Perlis k.

2 comments:

  1. dah lama x naik canopy walk mcm ni..masa sek dulu ada la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh masuk dalam wishlist aktiviti yang boleh dicuba pada tahun 2019 Abam Kie:)

      Delete

Powered by Blogger.