Kita perlu menaiki bot dari jeti yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandar Kuching untuk ke Taman Negara Bako yang turut dikenali dengan nama Pearl of Southern Sarawak.
Kat jeti ni la kita bayar untuk perkhidmatan bot pergi dan balik serta tiket lawatan masuk ke Taman Negara Bako tuh ye.
Harga tiket masuk ke Taman Negara Bako
Maklumat asas dan trails di Taman Negara Bako yang terdapat di jeti
Sementara nak menunggu bot tersedia untuk memulakan perjalanan ke Taman Negara Bako tuh, boleh la menjamu selera kat kafe yang terdapat di jeti ni. Kalau nak beli souvenir macam TShirt Taman Negara Bako pun ada dijual di kafe tuh.
Disebabkan bot nak mendarat kat Taman Negara Bako tuh bergantung kepada arus air pasang surut, makanya timing untuk naik bot dan bergerak dari jeti kena la tepat. So kalau plan nak pergi ke Taman Negara Bako dan balik hari je tak bermalam kat sana, makanya pagi-pagi buta dah kena sampai kat jeti ni k. Kitaorang sampai kat jeti ni dalam pukul 9 pagi camtuh. Dalam 9.15 pagi dah gerak naik bot.

Perjalanan menaiki bot dari jeti ke Taman Negara Bako akan mengambil masa lebih kurang 40 - 50 minit. Disebabkan kitaorang datang masa bulan Disember yang termasuk dalam musim tengkujuh (Nov - Feb), makanya memang ombaknya tuh agak besar. Memang berdebar pengsan juga la lagi-lagi bila bot membelah ombak yang mendatang. Sakan juga la berzikir sebab I am a scaredy cat like that.
Dalam dok takut-takut tuh, sempat gak ambil beberapa gambar dari bot
Dari tempat bot mendarat di Taman Negara Bako, kita perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke bangunan operasi yang menempatkan pusat maklumat, peta, café, surau dan toilet.
Kitaorang diberikan taklimat ringkas oleh renjer Taman Negara Bako. Taman Negara Bako telah diwartakan pada 31 Mei 1957 sebagai Taman Negara dengan keluasan 2742 hektar. 
Terdapat 18 laluan atau trails yang boleh kita terokai di sini yang mana ada masa penerokaan bagi setiap trails adalah berbeza iaitu dari 30 minit sehingga 8 jam 30 minit. Laluan terdekat adalah 700 meter dan trail yang paling jauh adalah 12.8 km. Ada trails yang akan membawa kita ke kawasan air terjun, tanjung, cliff, teluk, bukit atau pantai. Ada beberapa trails yang ditutup bagi tujuan penyelenggaraan.
Maklumat trails yang ada di Taman Negara Bako. Tak pasti kenapa gambar nih tiba-tiba kelabu asap.
Sesiapa yang kenal den tau sangat den memang bukan outdoor person. Hiking ke meneroka trail ke dan seumpama dengannya memang la bukan my cup of tea. Berdebar-debar juga kalau ada ahli lawatan yang bersemangat nak merentasi hutan ke ape tapi nasib baik la kan disebabkan masa tak beberapa nak mengizinkan dan ahli lawatan ramai dah 40an, makanya diputuskan untuk tengok flora dan fauna di Taman Negara Bako melalui laluan yang paling senang je.

Laluan yang senang dan landai pun kena berhati-hati juga sebab disebabkan musim hujan, laluan adalah licin. Den tak ambil gambar pun kat laluan kitaorang tuh sebab risau tergolek.
Gambar oleh ahli termuda dalam kumpulan menggunakan kamera Oppo. Cantik sungguh gambarnya
Dalam lawatan lebih kurang 1 jam tuh kitaorang sempat la terjumpa dengan seekor ular, beberapa ekor monyet hidung panjang (Proboscis monkey), burung, durian hutan, etc.
Nampak tak ular warna hijau dok berlingkar kat anak pokok yang di tengah tuh?
Di Taman Negara Bako ni, ada disediakan chalet atau camping site bagi mereka yang adventurous dan berhasrat nak bermalam di sini. Den memang tak minat la kan aktiviti macam ni. Dapat melawat setengah hari kat sini pun dah cukup okay dah sebab den memang bukan spesies yang dekat sangat dengan alam semulajadi nak kaji spesies pokok ke birding ke, etc walaupun kelulusan dan pekerjaan den bersangkut paut dengan alam sekitar huhuhuhuhuhu.
Antara penginapan di dalam Taman Negara Bako
Kita boleh membaca pelbagai maklumat tentang Taman Negara Bako daripada kronologi dan sejarah penubuhan, senarai flora dan fauna, jumlah pelancong, aktiviti yang boleh dilakukan di sini, the do’s and don’ts, etc. Kalau just baca sepintas lalu je semua maklumat yang ada ni, paling kurang harus mengambil masa dalam 30 - 45 minit juga. Ada juga tayangan video berkenaan Taman Negara Bako di sini.
Kesian boss tengok video sorang-sorang kat kerusi takde siapa teman. Anak-anak buah sakan dok duduk bersila kat lantai hehehehehe.
Kalau ke sini jangan lupa mengambil gambar dengan batu-batan yang ada di tepi pantai berdekatan bot berlabuh untuk fetch kita balik ke jeti sebab batunya tuh cantik sungguh. Disebabkan sakan nak mengejar arus pasang surut bagai tak sempat la den nak berposing sakan kat sini.
Sempat juga den posing sekupang kat sini
Tempat-tempat macam Taman Negara Bako ni setakat ni memang bukan tempat yang ada dalam wishlist den untuk berjalan-jalan bersama keluarga atau konco-konco sebab den memang bukan outdoor person. Makanya den bersyukur ada kesempatan melawat ke sini di dalam program kerja. Kalau nak suruh pergi saja-saja memang tidak la kan. Makanya bila dah jadi compulsory aktiviti bagi program kerja, den berlapang dada dan cuba enjoy the nature sebaiknya.

0 Comments