Jalan-Jalan di Kuching River Water Front

Walaupun hotelnya sepelaung je dari Kuching River Water Front, kitaorang sempat berjalan-jalan sekupang dua je kat sini dan berpeluang menaiki jambatan Darul Hana di petang membawa ke maghrib.

Memang tak sempat nak tengok air pancut berwarna warni dan berirama di water front tuh sebab cuaca yang tidak mengizinkan (hujan agak lebat di waktu malam) dan masa yang tidak mencemburui sebab sakan berbengkel gittew.

Ramai orang beriadah mengambil angin petang kat kawasan water front ni. Ada banyak jualan juga termasuklah jualan mainan yang boleh membuatkan hati anak-anak melonjak riang tapi kantung emak dan ayah merana hehehhehehe.

Kitaorang tak sempat nak minum kopi bermalas-malasan sambil menikmati pemandangan Sungai Sarawak pun sebab mengejar masa.

Den kongsikan je la gambar-gambar sepetang di Kuching River Water Front yang sempat den abadikan di dalam masa yang singkat untuk kenangan ye.
Jambatan Darul Hana

2 comments:

  1. impian tu memang nak ke Sarawak cuma belum ada rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik Sarawak ni Abam Kie. Jalan-jalan kat Kuching pun 2 hari tak habis sebab besar.

      Delete

Powered by Blogger.