Lunch Sedap dan Murah di Mata Ayer, Perlis

Habis je meniti Titian Kanopi di FRIM Mata Ayer tuh, kitaorang terus je cari kedai makan sebab dah kelaparan nak lunch. Nampak je kedai makan yang agak-agak semenggah sikit di tepi jalan tuh, kitaorang terus singgah.

Kedai makan yang kitaorang lunch tuh namanya Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar.
Kedai yang menyajikan lauk-pauk kampung yang memang kena sangat dengan tekak den nih ha. Lagi-lagi la pula dok kelaparan kan. Makanya pucuk dicita ulam mendatang la gittew.

Ada banyak pilihan lauk-pauk sampai tak tau nak pilih apa.
Air oren dan sirapnya adalah percuma dan free flow. Jarang nak jumpa kalau kat Shah Alam ni hehehehhehe.
So untuk tiga pinggan lauk siap lauk dan sayur serta sambal belacan, harganya RM 14 je k. Den sampai tanya tauke kedai tuh sungguh ka harga macam tuh atau dia tersalah kira sebab kalau kat Shah Alam ni, den ambil nasi + 1 lauk + 1 sayur pun harganya dalam RM 8 - RM 10.
Ulam yang first time den makan
Murah sungguh makan kat Mata Ayer ni. Dan-dan rasa masa tuh juga nak pindah duduk Perlis ni huhuhuhuhuhu.

Memang happy sangat kitaorang dapat makan lunch yang sedap dengan harga yang sangat murah. 

Kalau sesiapa terberjalan ke Mata Ayer ni, boleh la singgah makan lunch di kedai Encik Fauzi ni ye. Serious sangat berbaloi.

2 comments:

Powered by Blogger.