Permai Rainforest Resort, Kuching

Sesampai je kitaorang di jeti dari Taman Negara Bako, terus je kitaorang naik bas selama lebih kurang 40 minit untuk ke tempat bengkel dan penginapan seterusnya di Permai Rainforest Resort.
Dah lama rupanya kewujudan resort ni
Permai Rainforest Resort yang merupakan resort bertemakan homestay dan rumah atas pokok yang terletak di dalam kawasan hutan dan di tepi pantai. Kalau tak menginap kat sini pun, kita boleh je bersantai dan berjimba di sini dengan membayar tiket atau pas harian untuk masuk ke sini.
Kalau tak menginap, nih harga pas masuk sehari ye
Dah temanya nak bersantai dan back to nature kan, makanya wifi yang ala-ala hidup segan mati tak mau hanya boleh didapati di kawasan kaunter pendaftaran dan café sahaja ye. Even dekat bilik kitaorang berbengkel tuh pun tiada wifi.

Kitaorang berempat girls ditempatkan di chalet yang paling dekat dengan entrance. Paling dekat pun mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit berjalan kaki dengan mengheret beg di atas laluan yang tidak beberapa nak rata.
Lokasi chalet dan tree house di sini. Chalet kitaorang yang C1.

Laluan nak ke chalet. Kalau malam seram ooo sebab lampunya malap-malap je.
Chalet yang kitaorang duduk ada 2 buah bilik dengan setiap bilik mempunyai 3 buah katil single. Disediakan aircond dan kipas di setiap bilik.
Ruang tamu ada disediakan sofa, peti sejuk, cawan dan cerek. Bilik air dan toilet comel je tapi bersih dan yang penting ada air panas hehehehehee.
Ada penginapan rumah atas pokok tapi disebabkan tak menginap kat situ, den tak pasti la macam mana rupa bentuk biliknya.
Televisyen dan wifi kat setiap bilik baik chalet atau rumah atas pokok memang takde ye. Dah katanya nak back to nature kan.

Ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat disini.

Boleh mandi manda di jungle pool dan pantai.

Yang minat aktiviti nature boleh cuba jungle trail dan birding.

Boleh juga berkayak, main frisbee, bola tampar, bola sepak, snorkeling, obstacles challenge, berbasikal, camping di camping site dengan bayaran tertentu.

Disebabkan datang ke sini atas tujuan kerja kan, makanya kitaorang sempat mencelup kaki kat air laut je la seposen dan singgah merasa kesejukan air di jungle pool sebelum busy berbengkel. 
Ada dua beachs kat sini tapi kitaorang sempat jejak kaki kat beach pertama je
Macam best je kalau dapat berendam dalam jungle pool ni
Bilik untuk berbengkel yang ada di sini lengkap dengan kemudahan yang memudahkan dan membuat kita selesa untuk berbincang.

Di kaunter pendaftaran untuk check in dan check out, ada disediakan kedai serbaneka. So kalau den sarankan, lepas check in tapau la apa yang patut untuk dimakan di chalet sebab kalau dah masuk chalet, lepas tuh nak datang semula ke kedai ni untuk beli makanan ke ubat nyamuk ke, etc memang akan berpeluh ketiak nak-nak lagi kalau kita dapat chalet yang hujung dunia tuh huhuhuhuhu.

Kat kedai ni ada dijual pelbagai jenis barangan termasuk jajan, maggi, air mineral, biskut, gula-gula, ubat nyamuk, mainan, baju renang, selipar, topi, tshirt, etc.
Yang menariknya di samping jualan buku-buku berkaitan alam semulajadi, kedai ini juga menjual novels second hand yang berharga RM10 sebuah tapi disebabkan tiada novel yang menarik minat den, maka selamat la duit den.
Tempat nih memang sesuai la untuk orang yang memang nak back to nature dan jauh dari hiruk pikuk kota cumanya food dekat café dia tak banyak pilihan baik semasa breakfast atau lunch dan juga dinner. Kira macam asal boleh makan dan mengenyangkan perut gittew. Kalau nak dibagi markah kepada food di sini, den bagi 1 daripada 5 markah la kot.

Café nya dah cantik dan cozy yang mana kita boleh breakfast with a view sebab nampak pantai tapi sayang food dia kurang umppphh.
Kat sini boleh breakfast with the view gittew
Permai Rainforest Resort ni macam kurang sesuai sikit kalau untuk orang tua atau orang berkerusi roda sebab jalannya yang kurang rata. Even nak ke pantai pun kena melalui jalan yang kurang rata ni.

Still Permai Rainforest Resort ni adalah unik dan menarik untuk kita menginap di dalam salah satu agenda back to nature gittew.

No comments:

Powered by Blogger.