Movie nih walaupun ianya adalah sequel kepada movie Goosebump yang pertama, semua pelakonnya adalah pelakon yang tiada di dalam Goosebump pertama kecuali Jack Black yang muncul selama tak sampai 10 minit towards the end of the movie.
Walaupun untuk anak-anak den, movie ni tetap menghiburkan sebab ada pelbagai jenis hantu walaupun spesiesnya tidak sebanyak di dalam movie yang pertama tetapi bagi den dan buong, movie nih banyak kekurangannya dan sangat kurang ummpphhhh kalau nak dibandingkan dengan movie yang pertama.

Serious terasa ada kekurangan di sana sini termasuklah:

1. jalan cerita yang sangat sempoi dan macam pernah jumpa di mana-mana cerita hantu. Padahal set up nya adalah Halloween kot, macam boleh diperkembangkan lagi situasi Halloween yang dah memang sinonim dengan hantu;

2. pelakon baik yang dewasa atau remaja yang macam tak menjiwai watak sangat dan ekspresi muka yang macam tak beberapa nak menjadi. Pelakon-pelakon baru nih yang segenerasi dengan Aiman Tino nih (generasi Y ke Z?) memang macam lemah-lemah macam ni ke macam mana pun tak tau la.

Watak yang menonjol pun den rasa si Mr Chu je la lakonan Ken Jeong tuh je la pun walaupun scenes dia tak sampai 10 minit pun (a veteran comedian yang berlakon pelbagai movie seperti Hangover);

3. aksi yang melibatkan kacau ganggu dengan hantu pun tak banyak. Hanya hantu-hantu mengacau dan mengejar penduduk-penduduk di kawasan perumahan tuh je. Tiada aksi pertempuran yang wow macam di dalam the first movie; dan

4. lawak yang tak beberapa nak lawak dan disampaikan dengan begitu flat oleh barisan pelakonnya.

Untuk kiddos, depa memang suka je la.

Untuk den yang dah tua ni dan perlu keluarkan bajet untuk tengok movie ni, macam not worth the ticket price gittew.

Den bagi 2/5 aje la untuk movie ni di mana 1 markah tuh untuk kemunculan Jack Black dan Ken Jeong serta ahli sihir berkepala hijau tuh.

Macam akan ada Goosebump 3 je nanti kalau ditengokkan kepada endingnya tuh.

#Masa tunggu movie nih started, kitaorang ditayangkan dengan trailers untuk Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, Aquaman, Mortal Engines dan Robin Hood. Macam mengancam je semua movies ni. Nak kena menabung nih huhuhuhuhuhuhuhu.

Sebenarnya kitaorang sekeluarga tertengok movie Goosebump 2: Haunted Halloween di panggung walaupun memang tak plan langsung nak tengok wayang.

Macam mana boleh tertengok tuh? Disebabkan ada kerja-kerja pembaikan di apartment kitaorang yang melibatkan kawasan tempat letak kereta di kawasan petak kitaorang, kitaorang telah dinasihatkan untuk meletakkan kereta di kawasan tetamu sebab kerja-kerja dijangka selesai pukul 12 malam.

Disebabkan ruang letak kereta tetamu tuh comel, tak muat la banyak kereta kat situ.

Makanya kitaorang satu keluarga terpaksa la merayau. Apa lagi choice yang ada apabila bawa budak-budak kan? Tengok wayang je la pilihan yang paling mudah dan tak memeningkan walaupun kena keluarkan kos. Kitaorang tengok tayangan pukul 10 malam.

Begitu la ceritanya.

2 Comments

  1. good sharing!!!!!mujur tak beli tiket lagi!!hahahah thank youuu share review ni!sangat membantu!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhee.....okay je kalau untuk level budak-budak tapi orang tua macam ksarie rasa macam so-so je la huhuhuhuhu

      Delete