Last sekali kitaorang datang ke Zoo Taiping nih lebih kurang 4 tahun lepas. Masa tuh F baru setahun lebih.

Dari Ipoh kitaorang gerak ke Zoo Taiping dalam pukul 1 pm. Kitaorang sampai dekat Zoo Taiping dalam 230 pm. Parking kat sini dalam RM3 sekali masuk.

Dekat area depan kaunter tiket tuh ada renovation tengah dibuat. Ada replica orang utan, seladang & buaya yang hampir siap. 

Sebelum beli tiket, singgah pi toilet dekat kaunter tiket tuh dulu. Alhamdulillah free & toilet nye pun bersih.

Zoo Taiping nih ada 2 opening hours. 8.30 am – 6 pm untuk siang. Safari night zoo bermula dari 8.00 pm – 11.00 pm. Tiket untuk siang termasuk GST untuk adult RM 17 & kanak-kanak dari umur 3 – 12 tahun RM 8.50. Tiket untuk safari night zoo termasuk GST untuk adult RM 21.20 & kanak-kanak dari umur 3 – 12 tahun RM 10.60. Untuk info lanjut, bley check out web depa k.

Disebabkan kitaorang maleh nak berjalan dalam zoo tuh, kitaorang naik tram yang disediakan. Takde bayaran yang dikenakan untuk naik tram tuh. Sepanjang perjalanan dalam zoo tuh, pemandu tram tuh ada bercerita pasal setiap haiwan yang kitaorang jumpa along the way tapi disebabkan sound system nye tak beberapa nak elok, memang la tak dapat nak tangkap dia cerita apa pun huhuhuhuhuhu. Dok dengaq bunyi bising berdengung-dengung je. Kalo pihak pengurusan Zoo Taiping dapat baiki sound system nih, ianya lebih baguih la coz baru la kita dapat info pasal setiap binatang yang diceritakan.

Kitaorang tengok monyet (ada pelbagai spesies), beberapa jenis buaya (seekor tengah melepak kat darat, lagi 3 ekor dok berendam dalam kolam), seekor beruang matahari (sempat la dia kencing & buang air besar depan kitaorang hehehehhe), empat ekor singa yang semuanya tengah tido, 2 ekor badak air tengah berendam, banyak ekor kancil, rusa dan sejenis spesies kanggaro. 

Ada 3 ekor badak sumbu, memerang, angsa, burung-burung flamingo, 2 ekor burung hantu, 2 ekor zirafah, seekor kuda belang, 3 ekor seladang. 

Kami tak nampak plak harimau. Mungkin harimau tengah tido gamaknya. 

Ada a few places dalam zoo tuh yang tengah direnovate. 

Memang la tak dapat ambil gambar sebab dok kalut pegang budak-budak coz tram nya takde penghadang kat kedua-dua belah tepinya.

Akhirnya tram berhenti kat kandang gajah. So kitaorang semua turun kat situ. Lama la kitaorang melepak tengok tujuh ekor gajah yang dok makan tuh lebih kurang 20 minit. Sempat jugak la seko gajah tuh kencing & buang air besar depan kitaorang hehehehhe.
Sakan menengok gajah-gajah
Then kitaorang lepak sekejap tengok ikan-ikan koi kat kolam yang ada kat situ.
Ralit tengok ikan-ikan nih
Sempat jugak budak-budak nih main seround dua dekat taman permainan yang ada kat situ.
Papa melayan depa main
Kawasan di antara playground and exit keluar dari zoo
Sebelum keluar kitaorang sempat la rembat tshirts untuk budak-budak & fridge magnets sebagai kenangan kat kiosk yang jual cenderahati berdekatan dengan kaunter tiket tuh. Mungkin disebabkan kitaorang datang masa hari bekerja, kiosk cenderahati yang beroperasi hanya 1 je.

Ada macam-macam souvenirs. Harga souvenirs bermula daripada kategori mampu milik (RM2.50) hingga ke yang agak mahal (lebih RM40). Tshirts untuk budak-budak (RM15-RM20) & orang dewasa (RM20-RM25). Ada pelbagai fridge magnets. Ada yang 4 biji RM10. Ada yang 1 biji RM6 tapi beli 2 biji dapat rege RM10. 
Fridge magnets RM 10
TShirt F RM 15
TShirt A RM 15
Ada pelbagai jenis keychains, payung, topi, bola, robot, etc. Ada jugak In sya Allah kita mampu la beli souvenir untuk kenangan kat sini. Ada jugak perkhidmatan untuk tulis atas keychains & mugs yang disediakan kat kiosk nih. Ingatkan zaman tulis-tulis atas keychains & mugs nih dah lama berlalu tapi still depa nih ada peminat tersendiri lagi.
The only kiosk yang ada pada hari tuh
Tak sure la kalo den yang tak jumpa food court nye tapi masa kitaorang pegi tuh, hanya kiosk jual makanan ringan je yang bukak. So boleh la makan buat-buat mengisi perut dengan corn in cup, waffle, sosej & pelbagai jajan. Tapi kitaorang takde beli apa-apa coz dah merancang nak makan berat nanti. Budak-budak pun tak kalut nak beli food kat sini coz depa dok sakan pilih souvenirs.

Dalam pada tak berjalan kaki meround the whole zoo tuh, almost dua jam jugak la kitaorang melayan budak-budak menengok binatang kat sini.

Rasanya mungkin pengurusan Zoo Taiping perlu dapatkan peruntukan yang lebih untuk menambah bilangan binatang & maintenance kawasan zoo sebab banyak kawasan cam merimbun pulak semak samunnya. Tapi dengan keadaan kewangan Negara yang tak beberapa kachaks nih, banyak subsidi dimansuhkan, mungkin payah la gamaknya nak dapatkan extra bajet. Kurang sesuai la plak kalo depa naikkan rege tiket buat masa sekarang nih coz rege tiket sedia ada nih rasanya dah macam nak menghampiri garis kurang mampu milik untuk rakyat marhaein yang ada anak ramai.

So kalo tak dapat extra bajet & rege tiket pun tidak dapat dinaikkan, maka nya kita sebagai rakyat marhaein nih kena berlapang dada la menerima keadaan zoo nih seadanya.


Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini:

Taiping Zoo, Perak (Taiping Zoo Night Safari)

Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak


Waktu Operasi: 8 pagi - 11 malam (setiap hari)



Actually banyak lagi tempat menarik dekat dengan Taiping nih selain zoo yang kita boleh lawat macam Muzium Perak, Kompleks Sejarah Matang, Aktiviti Ternakan Laut, Bangunan Warisan, Hutan Pelajaran, etc tapi disebabkan budak-budak nih berada di dalam fasa dok bergelinjangan & masa pun terhad, memang la tak berkesempatan nak pi semua tempat nih. Tapi kalo sapa-sapa nak menyiasat boleh la tengok kat web Majlis Perbandaran Taiping.

0 Comments