Sehari sebelum seminar nih, team sifuFBAds ada anto sms bagi info pasal seminar tuh. Memang lengkap la sms nya tuh. Antara yang dipesan:

1. Camne nak datang ke menara PGRM dengan lrt, kereta, bas dan teksi. Siap ada 2 jenis maps dibagi untuk ke situ. Siap dengan link waze lagi.

2. Ruang parking yang disediakan di menara PGRM (500 parking spaces) dan kawasan parking di sekitar menara termasuk amaran pihak berkuasa akan saman sesiapa yang double parking.

3. Senarai hotel di sekitar menara P GRM sekiranya peserta perlu menginap. Ada 6 buah hotel yang disenaraikan lengkap dengan nombor telefon setiap hotel.

4. Senarai nama dan nombor telefon empat (4) syarikat teksi.

5. Tempat makan yang ada di sekitar menara PGRM termasuk medan selera, kedai mamak dan 7E.

6. Bawa laptop atau tab & broadband internet coz akan ada hands on terus apa yang diajar. Dipesan juga pastikan bateri laptop tuh berpanjangan hayatnya coz tiada extension point disediakan. Den dah susah hati coz bateri laptop den dah la bertahan sejam je kalo tak dicaj. End up den tak bawa laptop coz no point bawa laptop berat-berat tapi tak boleh guna bila bateri dah kong. Den bawa tab & power bank yang dah dicaj penuh.

7. Bawa baju sejuk coz dalam dewan mungkin sejuk. Den rembat jaket buong. Belah siang memang tak sejuk. Belah malam terasa sejuknya.

8. Dimaklumkan juga seminar yang dijangka abis kul 11 pm mungkin berlanjutan disebabkan seminar-seminar sebelum nih ada yang abis dalam 12 am walopun ikut jadual abis kul 10 pm. So dinasihatkan peserta seminar untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya. Den dok terfikir apa la yang diajor sampai ke pagi-pagi buta baru abis seminarnya. Ramai ke orang stay sampai ke pagi-pagi buta tuh, etc.

Den hampir-hampir tak pergi seminar nih coz mengenangkan ianya satu hari suntuk, tatau okay ke tak seminarnya, dok risau camne buong nak amik den lepas seminar pagi-pagi buta tuh sebab budak-budak sure dah tido dalam kul 10 pm, nak tido kat hotel dekat-dekat situ takde bajet plak, etc.

Den bersyukur sangat-sangat den kuatkan hati & paksa diri untuk hadir jugak seminar nih coz ianya sangat berbaloi-baloi.

So malam sebelum seminar den packing la beg den bawa tab, power bank, buku nota, 2,3 batang pen, jaket buong, 1 botol air mineral 1.5L (nih la yang buat beg den berat), 1 bungkus biskut & 1 papan ubat migraine (disebabkan program ilmiah 1 hari suntuk, den risau den agak migraine dengan jayanya).

Entries pasal Missing Chapter 3.0 Seminar FB Ads nih den akan bahagikan pada 4 bahagian sebab macam-macam cerita dok ada.

Entry 1 Summary pasal hari seminar tuh.
Entry 2 Summary apa yang sifu Jamal ajo.
Entry 3 Kisah-kisah Inspirasi & Mood Republic.
Entry 4 Apa yang den dapat daripada seminar tuh.

In sya Allah bila ada kesempatan nanti den ceite yek.

0 Comments