Walopun ramai orang yang datang ke Ipoh akan makan di Nasi Vanggey atau Mee Kicap di Kedai Mak Jasak, kitaorang tak berkesempatan pergi makan kat situ. Ini disebabkan factor nak mengejar budak-budak tuh huhuhuhuhu.

So kitaorang makan kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung di Jalan Pitchay. Lebih kurang 5 minit dari Hotel Impiana. 

Selain makanan utamanya nasi lemak ayam kampong, ada macam-macam food lagi kat sini tomyam, ikan kukus limau, etc. Yang nampak special kat den adalah belut yang bolah dimasak 3 cara, belut goreng kunyit, belut goreng pedas & sup belut. 

Ada lebih kurang 10 jenis bubur manis. Kitaorang makan pulut mangga dengan santan. Gambo memang la tak sempat nak amik.

Ada seafood segar dia letak kat dalam bekas macam sampan kat depan kedai. Ada ketam, udang, ikan pari, ikan kembung, ikan kerapu, ikan siakap, etc.
Encik semua nak tengok dok melawat seafoods yang diletak dalam bekas sampan
Saja nak letak gambo nih coz macam tiba-tiba den terguna teknik amik gambo jelas & blur pulak hehehehehe
Untuk dinner, kitaorang makan siakap bakar & belut goreng pedas. Den rasa belut tuh macam rasa ikan keli skit. Buong makan seketoi je, dia tak lalu. Tak bley masuk ke tekak katanye. Sudahnya den la mengabiskan belut tuh.
Siakap bakar
Belut goreng pedas
Budak-budak dua orang tuh memang sakan la dok tengok belut hidup dalam aquarium kat entrance restoran tuh. F siap cakap ‘mama nih makan ular ye’ hehehehhee.
Geli jugak sebenonye tengok belut-belut nih meliuk-liuk
Food nye sedap. Bley datang makan lagi. Siakap bakar, belut goreng pedas, pulut mangga, air laici, teh o ais dan air kosong RM 70.90. Siakap bakar tuh dalam Rm 39.90. Belut goreng pedas RM 12 (100 g belut RM6).

Bley check out fb depa untuk detail info k.

0 Comments