Alhamdulillah berjaya juga sampai di sini petang tadi. Dah pernah cuba untuk ke sini a few months back masa tertau pasal kewujudan dinosaurs kat sini dalam paper tapi masa tuh takder rejki nak jejak ke sini walopun dah sampai kat house sebab hujan masa tuh.

Untuk sampai ke sini, dari Jusco Seremban 2, terus je ikut signboard ke S2 Heights. Nanti akan nampak jalan masuk di susur kiri. Nampak juga rumah-rumah dua tingkat yang sedang dalam pembinaan. Dari situ, terus je sampai nampak Sekolah Kebangsaan S2 Heights, belok di situ. Then masuk simpang pertama akan nampak papan tanda Hill Park.

Ada guard house dekat entrance tuh. Ada juga disediakan ruang parking dekat situ.

Dari ruang parking tuh kita kena berjalan lebih kurang 15 - 20 minit untuk sampai ke taman yang ada dinosaurs tuh. Lebih kurang 1 kilometer juga rasanya.
Jenuh k nak mendaki bukit nih
Untuk kitaorang yang memang jarang-jarang bersenam nih, memang jenuh la nak menyampai ke atas tuh coz jalannya tuh mendaki bukit.

Kitaorang datang pukul 3 pm camtuh. Masa tuh matahari masih memancar-mancar. So memang la berpeluh sakan. Lagi satu kesian budak-budak nak main kat taman permainan yang dok ada coz matahari masih meninggi.

Masa dok memanjat bukit tuh, den & buong dok mengomel la pasai pa la depa tak bagi parking kat atas, dekat-dekat dengan taman dinosaurs tuh. Berdasarkan buntings yang dok ada dekat tepi jalan tuh tentang kelebihan berjalan kaki, den rasa memang IJM Land (pemaju projek perumahan kat S2 Heights nih) nak menggalakkan kehidupan sihat camtuh.
Antara bunting yang dok ada yang dok ceite kelebihan berjalan kaki
Atau pun mungkin juga disebabkan sebelum sampai ke taman dinosaurs tuh, ada beberapa taman perumahan (yang dah siap or sedang dalam pembinaan), IJM Land nak kawal keluar masuk kenderaan untuk privacy dan keselamatan penduduk walopun di setiap entrance ke taman perumahan tuh ada guard house.

Dalam dok bergebang-gebang dengan buong tuh, akhirnya lepas jenoh berjalan mendaki bukit tuh, kitaorang jumpa juga taman yang menempatkan dinosaurs tuh.
Masa baru mula-mula sampai kat taman yang ada dinosaurs tuh
Sakan abang melawat kawasan
Stegosaurus
The dinos
Ada tujuh ekor dinosaurs yang berbeza spesies di dalam kandang. Ada stegosaurus, triceratop, giganotosaurus, baryonyx, etc.

Tapi dari tepi kandang tuh, kita boleh lagi la sentuh dinosaurs tuh walopun kalo ada guard dia akan inform yang dinosaurs tuh tak boleh disentuh.
The other dinos
Sempat la buong pegang seko dino tuh sebelum di'haipp' dek guard hehehehe
Setiap dinosaurs tuh disediakan info tentang nama saintifiknya, nama gelarannya dan asal usulnya.
Macam paham beno baca info nye tuh
Dinosaurs nih memang statik la coz ianya patung dinosaurs bukannya animatronic dinosaurs yang boleh bergerak-gerak tuh.

Walopun dinosaurs tuh statik, ianya tetap menarik sebab first time kot rasanya kitaorang jumpa taman untuk riadah yang ada dinosaurs. Budak-budak nih la yang paling happy je. Depa nih asalkan ada je dinosaur, walopun tapak kaki dinosaurs depa dah happy gamaknya.

Berbaloi ke tak memanjat bukit untuk tengok dinosaurs nih? Berbaloi den rasa sebab di samping dapat tengok dinosaur, taman-tamannya memang cantik di samping kita pun terbersenam secara tak sengaja.

Berdekatan dengan kandang dinosaurs nih ada taman permainan, pondok & kerusi untuk kita berehat-rehat.

So masa den & buong berehat-rehat kat kerusi yang dok ada + minum air mineral yang memang kitaorang bawa sambil nak mencari nafas semula lepas kepenatan mendaki bukit tuh, budak-budak nih sakan la berlari ke hulu ke hilir. Kejap-kejap depa tengok dinosaurs, kejap-kejap depa main kat taman permainan yang ada kat situ. Budak-budak memang tatau penat kan?
Budak baju kuning tuh pun sakan main walopun demam
Lepas melepak kat taman tuh lebih kurang 40 minit, kitaorang bergerak nak balik ke kereta. Sebelum tuh kitaorang singgah dulu kat taman permainan yang pertama yang kitorang jumpa sebelum taman yang ada dinosaurs tuh. Taman permainan nih sebelah menyebelah je dengan taman permainan yang ada dinosaurs tuh. Taman permainan kat sini lebih besar & ada lebih banyak permainan.
Den tak naik pun ke atas nih coz dah tak lalu nak mendaki lagi. Untuk sapa-sapa yang nak exercise lebih boleh la sambung berjalan dari taman nih.
Lagi la kan budak-budak nih seronok main kat sini. Naik gelongsor, buaian, etc. Depa paling sakan depa dok naik jip & kepala keretapi. Papa nya pun tumpang naik sekali sebelum di ‘phewit’ kan oleh guard hehehehehhe.
Jip & kepala keretapi
Melayan budak-budak sebelum di'haipp' oleh guard
Kat taman-taman nih juga ada info tentang pokok-pokok yang ada kat sini. Papan tanda apa boleh dibuat & apa yang tak boleh dibuat ada jugak. Ada juga papan tanda memaklumkan kawasan taman-taman nih adalah kawasan bebas rokok.
Masa kitaorang dok melepak kat kedua-dua taman tuh, memang kitaorang je yang ada kat situ sebab petang masih muda camtuh so memang la takde pengunjung lain kecuali beberapa orang guards.

Dari taman-taman yang terletak kat kawasan tinggi nih, kita boleh nampak kawasan S2 Heights yang sedang dibangunkan. Memang projek pembangunan kat kawasan nih rancak sangat.
Kitaorang turun ke kereta dari taman tuh dalam 5 pm. Turun amik masa dalam 10 minit je sebab turun bukit. Masa kitaorang turun tuh, kitaorang bertembung dengan empat keluarga yang baru bergerak naik nak ke taman tuh.

Den mencadangkan untuk sapa-sapa yang nak datang ke sini:

1. Datang waktu pagi (8 am – 1130 am) atau petang (5 pm – 7 pm)Cuaca tak panas sangat masa tuh rasanya. So budak-budak nak main pun best. Kita nak menapak mendaki bukit pun tak la penat sangat.

2. Bawa air mineral coz bila dah sampai kat taman-taman tuh, sure dah dahaga gila coz dah menapak naik bukit especially untuk budak-budak.

3. Boleh juga bawa foods untuk picnic kat kawasan nih coz ada pondok yang bley kita berehat-rehat & makan sambil menengok pemandangan yang chantek.

4. Rasanya kalo nak tengok sunset kat sini pun menarik jugak sebab kawasan nih di atas bukit. In sya Allah pemandangannya chantek den rasa.

5. Bagi budak-budak at least dua jam untuk depa tengok dinosaurs & main kat taman permainan supaya depa puas bermain.

6. Pakai kasut yang sesuai. Okay je kalo nak pakai selipar atau sandal cam kitaorang tapi kalo kasut especially sport shoes tuh lebih selesa la.

Kalo pihak IJM Land buat parking khas dekat dengan taman-taman tuh pun okay juga rasanya sebab ada je nenek & atok yang bawa cucu-cucu yang kitaorang terjumpa masa nak turun ke kereta. Kalo sapa yang ada babies pun jenuh juga la nak menapak dari bawah tuh.
Tapi mungkin IJM Land nak mempromosikan kehidupan sihat & berharap sapa yang nak datang tengok dinosaurs tuh sekurang-kurangnya terbersenam secara tidak sengaja macam kitaorang.
So pada sapa-sapa yang minat dinosaurs atau parents yang ada anak-anak yang minat dinosaurs macam anak-anak den, tempat nih merupakan salah satu tempat yang wajib pergi. In sya Allah berbaloi sebab ianya free, taman-tamannya chantek & dinosaursnya pun besar-besar walopun 7 ekor sahaja.

14 Comments

  1. Replies
    1. Sorry. Baru perasan ada orang komen kat entry nih. Dah pergi ke belum tengok dinosaur kat sini?

      Delete
  2. Saya dah pegi....serius jenuh nak menapak naik bukit tu...kene plk wktu panas...kalau pegi ptg skt dan pegi ramai2 mgkin ok la..mmg penat bkn jln rata..naik bukit....fuhhhh....apepun anak la yg enjoy...dia pn xlrt nak menapak suh dukung plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry.....Baru perasan ada orang komen kat entry nih. Memang penat menapak naik ke sini tapi berbaloi kan untuk budak-budak

      Delete
  3. Saya dah pegi....serius jenuh nak menapak naik bukit tu...kene plk wktu panas...kalau pegi ptg skt dan pegi ramai2 mgkin ok la..mmg penat bkn jln rata..naik bukit....fuhhhh....apepun anak la yg enjoy...dia pn xlrt nak menapak suh dukung plk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru perasan komennya. Yupp tempat nih memang sesuai pergi awal pagi atau lewat petang tapi memang worth untuk kiddos

      Delete
  4. Tmpat ni beroperasi hari apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ini dibuka dari pagi ke petang setiap hari kerana dia open park. Sorry baru perasan komennya

      Delete
  5. baru sampai semalam. seronok anak2 tengok dinasour. sebenarnya ibu dorang yg terlebih syok haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...tempat dia memang best kan. Sesuai untuk kanak-kanak dan parents untuk bersantai. Macam nak kena repeat lagi nih hehhhehehehe

      Delete
  6. Ouh lama dah tak pergi menapak kat Hill Park ni. Cadang esok 23/9/18 nak pergi sama anak2 panjat bukit Hill Park ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tuan baru perasan komennya. Cantik lagi tak tempat ni masa tuan pergi tu

      Delete
  7. Tempat yang menarik 👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru perasan komennya. Tempatnya memang cantik

      Delete