Kitaorang memang bercadang nak tido satu malam dekat Bandar Seri Iskandar nih. Kitaorang takde book hotel pun. Just jalan-jalan & survey je hotel bajet mana yang ada.

Alih-alih tuh ternampak DHotel dari tepi jalan. Masuk je ikut McD dan terus ke hotel tuh. Hotel nih duduk di satu bangunan dengan Billion. Memang nampak dari jalan besar tuh.

Entrance hotel
Lobby nye nampak simple & lapang. Maybe disebabkan hotel nih baru, serba serbi pun nampak baru. 
Lobby & reception area

Free parking kat depan hotel sampai la ke parking Billion tuh. In sya Allah parking memang takde problem la.

Ada 4 jenis bilik di hotel nih dari RM 165/malam hingga ke RM460/malam. Ada 4 jenis bilik Standard, Superior and Deluxe Room serta Executive Suite. Kitaorang amik Standard Room RM165/malam yang ada dua jenis katil, samada katil king atau 2 katil single. Kitaorang dapat 2 katil single yang memang didekatkan sebelah menyebelah. 

Disebabkan den ada kad keje gomen, den dapat diskaun lagi RM20 untuk bilik tuh. So den bayar RM145/malam untuk bilik tuh, siap breakfast untuk dua orang dewasa. Kanak-kanak 6 tahun ke atas kena tambah RM12 untuk breakfast.

Deposit depa amik RM100 & akan dipulangkan masa kita check out.
Biliknya chantek sangat k. Hiasan yang moden dan simple. Yang penting punca kuasa (plug point) ada lebih kurang 6 kat bilik tuh k. Sesuai la nak penuhi keperluan sekarang yang setiap ahli keluarga selalunya ada handphone setiap sorang. So tak payah nak bergaduh-gaduh nak berebut plug untuk caj handphone.

Ada meja jugak untuk sapa-sapa yang bawa laptop nak buat keje ke ape ke. 

Biliknya cozy sangat-sangat. Den suka. 

Bilik air pun cantik. Pressure shower dia yang kuat adalah feature yang terpaling best untuk budak-budak tuh coz depa sakan la mandi sampai kecut-kecut badan.

Username dan password wifi untuk setiap bilik diberikan sekali masa kita check in. Free 500 MB untuk setiap device setiap hari katanya. Kalo kita dah abis guna kuota yang dibagi tuh, kita boleh jugak beli 1 GB dengan rege RM15 kat hotel tuh.

Sabtu paginya kitaorang breakfast kat Jintan Putih Room kat tingkat 4. Besar kawasan makan dia nih. Boleh muat 170 pada satu-satu masa katanya. Siap ada mini pentas lagi. Food spread dia sederhana. Ada mee goreng mamak, nasi tomato, cereals, tembikai, roti, bubur, sosej, potato, mee dan ketiaw sup, ommelete, etc. Rasa memang boleh tahan.

Jintan Room nih plak bersebelahan dengan pool. Memang la tak senang duduk kitaorang nak breakfast coz budak-budak dah terkinja-kinja nak mandi pool.

Lepas breakfast bawa budak-budak mandi pool. Takde life guard disediakan. So parents kena la perati anak-anak mandi. Pool nye kecik je. Ada bahagian kanak-kanak dengan kedalaman 0.7 m dan bahagian dewasa dengan kedalaman 1.4 m.
Sakan depa berendam dalam pool tuh
Walopun pool nih comel je tapi disebabkan konsepnya infinity pool menjadikannya agak menarik.

Memang la sakan budak-budak nih mandi kat pool tuh.

Hotel nih juga ada 8 bilik yang disediakan untuk seminar, bengkel, etc. 

Yang paling best hotel nih satu bangunan dengan Billion. So kalo nak beli barang memang senang sangat la. Berjalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai Billion. 

Kat entrance hotel jugak ada bakery. Kitaorang sempat la lepak makan cakes kat situ sebelum check in kat hotel.
Makan kek kat tepi hotel
Sebelah hotel nih jugak ada DMall yang macam-macam kedai ada kat dalamnya termasuklah panggung wayang. 

Hotel nih 3 stars tapi rasanya macam berbaloi-baloi rege dengan servis yang disediakan + facilities yang ada kat keliling hotel nih. Kalo datang kat Bandar Seri Iskandar memang la boleh melepak lagi di sini.

Kalo nak tau lebih detail pasal hotel nih bley la check out website depa.

0 Comments