Bandar Seri Iskandar nih terletak di antara Ipoh dan Lumut. Ianya dah macam bandar besar coz dikelilingi oleh beberapa institusi pengajian macam Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi MARA, Kolej Profesional MARA, IKBN, Kolej Vokasional Bandar Seri Iskandar dan Pusat Latihan Belia Malaysia.
sumber gambo google
Kawasan nih happening sangat. Nih first time kami datang ke sini. Saja nak berjalan-jalan kat area nih. 

Pembangunan baru rumah kedai sangat mantop kat kawasan nih. Berblok-blok rumah kedai ada kat sini. Boleh dikatakan almost 80% rumah kedai nih dah ada penghuninya. 

Boleh dikatakan macam-macam ada di sini. Kedai makan yang pelbagai, ada McD & KFC, kedai borong kain, hotel-hotel bajet, banks, gym, kedai tayar, etc. Memang meriah sangat kat sini.

Dari Zoo Taiping amik masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke Bandar Seri Iskandar nih. 

Township yang sangat menarik dan happening.

0 Comments