Lepas check out dari DHotel kat Bandar Seri Iskandar, kitaorang gerak ke Lumut coz den nak beli ikan bilis yang dikabarkan sedap kat situ.

Dalam sejam setengah kitaorang sampai kat Terminal Lumut tuh. Memang ramai orang coz di samping coti sekolah, ada plak Ekspo Penjaja Kecil. Memang la meriah sangat-sangat.

Disebabkan tujuan kitaorang datang ke situ memang untuk beli ikan bilis je so memang la tak berjalan-jalan ke mana pun.

Lepas lunch dekat terminal tuh, kitaorang terus pilih satu kedai dan membeli kat situ. Asalnya nak beli ikan bilis je. End up dengan ikan talang, ikan pekasam & pelbagai jenis keropok. Aktiviti shopping sebegini la yang akan menyebabkan berlakunya keterhutangan serius huhuhuhuhu.
Kedai yang mengoyakkan poket den
So kepada sesiapa yang konon-konon berhasrat nak beli ikan bilis sahaja, sila la sediakan duit lebih kerana kebarangkalian untuk terjebak membeli barang-barang lain adalah sangat tinggi.

In sya Allah next time bila ada rejki, kitaorang nak bawa budak-budak ke Pulau Pangkor plak.

0 Comments