WA Shipwreck Museum

Tarikan utama Western Australia Shipwreck Museum atau WA Shipwreck Museum adalah ianya menempatkan tinggalan Australia’s oldest shipwrecks.

Tiada bayaran masuk dikenakan untuk memasuki muzium ini. Sekiranya kita nak menderma untuk kelangsungan operasi muzium ini, kita boleh masukkan sumbangan kita di dalam kotak yang disediakan.
Serpihan atau tinggalan daripada Dutch East Indiaman Batavia yang tenggelam di Houtman Abrolhos pada tahun 1629 merupakan shipwreck yang paling istimewa yang wajib dilawati di muzium ini. Shipwreck ini ditemui oleh ahli arkeologi lautan (marine archeologist) pada 1972 dan dibawa pulang ke Fremantle untuk kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan.
Banyak maklumat yang direkodkan tentang Dutch East Indiaman Batavia ni. Satu ruang khas hanya untuk dia je.
Model kapal Dutch East Indiaman Batavia
Den juga terpesona tengok Zuytdorp Anchor yang merupakan sauh yang terbesar yang dijumpai karam di kawasan Western Australia. Serious bapak besar tapi memang logic la kan sebab kebanyakan vessel dulu-dulu memang besar bagak kot.
Ada juga dipamerkan pelbagai replika kapal, sejarah pelayaran dan navigasi, diving helmet dahulu kala, khazanah yang ditemui dari kapal-kapal yang karam seperti duit perak, paip, pasu, pinggan, etc, gambar-gambar eksplorasi mencari dan mendapatkan tinggalan kapal karam.

Menarik baca setiap maklumat yang dikongsikan sebab memang perkara baru kepada den. Orang putih memang champion la kan bab dokumentasi dan penyimpanan rekod. Serious den kagum dengan depa sebab boleh ada maklumat yang terjilid sejak tahun 1600an.

Ada juga dokumentari tentang penemuan dan pemeliharaan serta pemuliharaan tinggalan kapal karam yang ditayangkan tetapi memang la den tak sempat duduk tengok sampai habis.

Disebabkan lawatan kitaorang kat sini tidak lama mana pun, jadinya tak sempat nak baca semua maklumat secara sepintas lalu pun.

#Rasanya kat mana-mana muzium yang den terpegi, memang tak sempat pun nak berlama-lama. Haish…..

Ada satu ruang kecil disediakan khas untuk kanak-kanak membuat aktiviti bertemakan kapal karam. Menarik sebab kalau bawa kiddos boleh tinggalkan sekejap diaorang kat sini sementara kita nak merayau membaca semua maklumat tentang kapal dan navigasi yang menarik.
Sama je macam set up yang den jumpa di muzium di London, muzium ni juga menyediakan ruang cenderahati yang menarik sebenarnya sebab di samping cenderahati biasa macam keychains, fridge magnets dan postcards, ianya juga menyediakan pelbagai jenis buku berkaitan dengan laut, pantai dan vessel (kapal) yang melangkau pelbagai peringkat umur. Ada buku untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Serious menarik. Siap ada souvenir serbuk teh Australia lagi.
Muzium adalah antara tempat yang jarang den nak pergi kalau berjalan dengan family atau kalau den buat tentative sendiri. So bila tour guide dah masukkan dalam tentative program walaupun pada mulanya nampak macam tak best mana sebenarnya baik untuk minda dan hati bagi kita menghayati sejarah navigasi secara tidak langsung.

#Den baru pergi 2,3 buah muzium di London dan Perth nih ha yang tidak mengenakan bayaran masuk. Den tak pasti la kalau kebanyakan muzium di negara omputih memang cenggini.

No comments:

Powered by Blogger.