Resepi Ikan Salmon Sempoi

10:48
Setelah 2 minggu den beli potongan ikan salmon block di Tesco, berjaya juga la den memasaknya last week.

Alhamdulillah walaupun dah 2 minggu salmon tuh duduk dalam freezer, rasanya masih manis lepas dimasak.

Resepi Ikan Salmon sempoi versi den.

Bahan-bahan

1. 2 potong ikan salmon

2. Lada hitam (ikut suka hati banyak mana)

3. Chilli flake (ikut suka hati banyak mana)

4. Daun rosemary (ikut suka hati banyak mana)

5. Garam secukup rasa

#Kalau takde daun rosemary dari pokok tuh boleh je la pakai daun rosemary dikisar yang dah dibotolkan tuh. No problem. 

Den saja excited nak petik daun rosemary dari pokok yang ada kat balkoni tuh (bangga gila padahal pokok rosemary yang dok ada tuh menanti masa je nak mati huhuhuhuhu).

Cara Memasak

1. Gaulkan semua bahan dengan potongan ikan salmon.

2. Perap paling kurang 30 minit. 

#Ada resepi kata nak lagi sedap perap dalam 3 jam tapi disebabkan den nak cepat sebab dah kelaparan, den perap 30 minit je.

3. Letak sesudu besar minyak masak dalam kuali leper. Kalau nak sihat tak payah letak minyak. Jadi la grill salmon gittew.

4. Masukkan potongan ikan salmon.

5. Jangan masak lama bebeno. Asal nampak potongan ikan dah kuning-orange, dah boleh balikkan ikan tuh. Den masak ikan ni dalam masa 5 - 7 minit je.

Selamat mencuba resepi sempoi daripada den nih ye.
Siap untuk dimakan
Nak rasa sihat sikit makan la dengan salad gittew

4 comments:

  1. ringkas tapi lazat dan berkhasiat! Cayalah mama!

    ReplyDelete
  2. Wah.. dah start eat clean eh kak sarie... best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehehehe 1 hari eat clean. Lagi 6 hari bantai makanan penuh berkalori huhuhuhuhu

      Delete

Powered by Blogger.