Araluen Botanic Park - Harbour Town - Ispa Kebab - Elizabeth Quay - Swan Bell/South Perth - Chemist - Big W 

Kita sambung cerita sesi berjimbaan ke Perth buat sekian kalinya. Hari ketiga di Perth nih adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh kitaorang sebab asbab nak tengok tulips la yang memungkinkan trip berjimbaan ke Perth pada September nih direalisasikan.

Kitaorang spend masa half day di Araluen Botanic Park tapi tuh pun sebenarnya masih tak cukup masa nak merayau dekat keseluruhan kawasan ni sebab besar sangat tamannya ni.
Teaser gittew
Selepas puas bergambar ria bersama tulips, kitaorang pergi ke Harbour Town yang ala-ala JPO di mana kita boleh shopping pelbagai barangan branded dengan harga diskaun gittew. Disebabkan den memang bukan kaki shopping pakaian sejak dahulu kala dan selamanya, den cuma beli sehelai cardigan.

Makan dulu kebab yang berharga RM45 seketul di Ispa Kebab sebelum meronda di Harbour Town.

Seterusnya kitaorang berjalan-jalan mengambil gambar dan melihat pemandangan di Elizabeth Quay. Kitaorang siap naik feri dari Elizabeth Quay ke Swan Bell/South Perth.

Lepas berjalan sakan, tiba la ke acara yang ditunggu-tunggu oleh my travel buddies iaitu shopping sakan segala mak nenek perfume di Chemist. Peminat perfume memang boleh sawan sebab semua perfume murah. Sure ada rasa nak borong semua. Disebabkan den bukan peminat perfume, den beli sebotol je perfume by Britney Spears. Dah balik Malaysia menyesal plak tak beli 2, 3 botol huhuhuhuhuhu. So harus kena repeat Perth nih kan sebab nak beli perfume pula hehehehehehe.

Hari ketiga diakhiri dengan sesi den membeli satu set Corelle (16 pieces) yg 4 segi tuh di Big W. Harga tertera 89.90$ (RM270). Kalau ditukarkan dengan duit RM, masih untung sebab online Malaysia jual set yang sama RM370. Alih-alih masa scan kat kaunter, ada further price mark down, harganya jadi 62.30$ (RM187). Berbaloi betul rasanya walaupun berat nak angkut masuk flight (7kg ye 1 set correle tuh). 

Kat Chemist dan Big W tuh memang sekeping gambar pun tak terambil sebab sakan dok tengok barang-barang untuk dibeli huhuhuhuhu.

Selepas dah habis duit sakan, makanya kembali la kita ke pangkal jalan iaitu homestay untuk masak dinner, makan dan tidur sampai lebam.

0 Comments