South Perth Foreshore

Kalau ada banyak masa harus spend at least half day naik feri dari Mends St Jetty ke Elizabeth Quay  dan patah balik serta berjalan di kedua-dua kawasan sebab banyak juga tempat menarik yang sesuai untuk bersantai, minum di café dan bergambar.

South Perth Foreshore nih sesuai untuk kita ambil angin di waktu pagi dan petang. Masa kitaorang singgah kat sini untuk bergambar sekupang dua, memang ada bertembung dengan beberapa orang yang berjogging dan berehat-rehat. 

Kalau ada banyak masa memang boleh jalan perlahan-lahan di keliling Swan River nih. Kalau terpenat boleh je berehat kat mana-mana kerusi yang ada atau lepak minum kat café.

Dari sini kita boleh dapat tengok pemandangan Perth Central Business District (CBD) yang memang cantik, lagi-lagi kalau cuaca memang terang. Nampak membiru je air Swan River tuh.

Kalau malam pun cantik pemandangan di sini (den tengok kat internet la) sebab kitaorang singgah sini sekejap je pun di waktu siang.
Mak orang yang paling gembira di dalam trip ni

No comments:

Powered by Blogger.