Sebelum den sambung cerita tentang samada sesi berjimbaan ke Melaka atau ke Langkawi atau ke Perth tuh, den cerita dulu tentang topik favourite den iaitu sesi makan-makan hehehehehehe.

Den terbaca tentang Greenhouse DJeram nih di blog mrsenoxis.

Langsung la terkinja-kinja nak pergi ke sini sebab tempatnya nampak cantik ala-ala British sebab banyak pokok dan berbata merah. Tapi yang paling teringinnya adalah nak rasa makanan kat sini mana mana, sedap tak kat tekak, harga mampu milik ke ape, etc.

Sabtu lepas dah alang-alang balik menziarah keluarga mertua di Kuala Selangor yang of course akan melalukan Jeram, kita singgah la makan kat sini.

Café nih terletak betul-betul sebelah jalan raya menghala ke Jeram tuh. Kalau kita dari Shah Alam, ianya terletak di sebelah kiri.
Sesuai dengan nama premisnya, café nya terletak di bawah rumah hijau yang turut menempatkan deretan tanaman pokok buah tin. Meal with a view gittew konsepnya sebab kita boleh menjamu selera sambil tengok pemandangan pokok buah tin yang ada di sini.

Ada dua ruang café iaitu indoor dan outdoor. Indoor café ada aircond dan boleh memuatkan dalam lebih kurang 40 orang dalam satu-satu masa. Kalau makan di sini pun masih boleh nampak deretan anak pokok tin yang ditanam sebab ada tingkap besar di sini.
View dari indoor cafe
Outdoor café lebih banyak tempat duduk dan lebih lapang kawasannya. Di sini lebih nature gittew sebab banyak deretan pokok di sini.
Ada pelbagai menu kat sini yang boleh dipilih.
Kitaorang ordered nasi ayam, mee udang, chicken chop dan chicken wings. Tak dapat la nak kira kalori kat sini kan. Toksah la musykil lepas tuh pasai pa berat tak turun-turun kalau cenggini makannya.
Nasi ayamnya paling sedap den rasa. Mee udang sedap juga untuk tekak den tapi yang paling win adalah udangnya yang gedabak tuh. Cuma portion mee udang tuh agak banyak bagi den, dua orang makan pun boleh rasanya. Chicken chop dan chicken wing memang kena dengan citarasa budak-budak.
Paling sedap untuk tekak den
Ubat untuk kolesterol dan gout ni hehehehehhe
Chicken wings yang den rasa ramuan tepungnya tersendiri. Sedap dan crunchy.
Tak sempat rasa walaupun secubit sebab sekejap je habis dimakan den budak-budak tuh
Boleh tahan sedap rasa semua makanan yang kitaorang ordered tuh.

Harga pun in sya Allah masih mampu milik. Kitaorang bayar RM 53 untuk semua makanan termasuk air tembikai, air asam boi dan air kosong. Not bad eh.

Kawasan nih cantik juga untuk orang yang memang suka bergambar sebab gabungan pokok-pokok menghijau dengan bata merah memang adalah kanvas yang cun untuk sesi fotografi.
Anak bujang dah pandai ambil gambar. Boleh la mama berposing sekupang dua.
Menurut pekerja kat sini, kawasan ini belum siap sepenuhnya, baru dalam 60%-70% gittew.

Kafe dah beroperasi tetapi sehingga 6 petang sahaja setakat ni.

Nursery pokok pun sedang dibangunkan lagi. Setakat nih yang ada adalah pokok buah tin. Kalau nak beli anak pokok tin dah memang boleh. Tak pasti nanti nursery pokok di kawasan ni nanti akan dipenuhi dengan pokok buah tin sahaja atau akan ada pokok-pokok lain. We’ll just have to wait and see.

Dikhabarkan café dan nursery ini akan dilancarkan dan beroperasi sepenuhnya pada awal 2019.

Bila dah siap sepenuhnya, in sya Allah boleh la datang lagi ke sini untuk menjamu selera dan melawat nursery pokoknya.

Kalau ke Jeram atau melalukan kawasan Jeram boleh singgah makan di café yang menarik nih ye.

0 Comments