Deepavali Well Spent

Cuti Deepavali semalam memang kitaorang sekeluarga tak ke mana-mana sebab nanti dah nak ke Melaka sebab den kena menghadiri Seminar Sungai Melaka esok di Holiday Inn Melaka.

So cuti Deepavali dihabiskan dengan sesi melepak sampai lebam je la kat rumah.

Den masak simple breakfast tetapi penuh dengan kolesterol huhuhuhuhu.

Kemudiannya sempat buat 2 posts untuk blog nih bagi 2 buah buku yang den dah lama baca tapi tak review-review iaitu The Nanny Diaries and Nanny Returs sambil melayan kiddos main. Hebat tak den multitasking hehehehhheehe.

Kemudiannya masa kitaorang lepak tengok movie Tamil tak ingat nama apa, den layan F main order-order makanan yang mana semua menunya adalah bertemakan dinosaurs heheheheehehe. Siap keluarkan duit tabung untuk sesi bayar makanan tuh k.
Close up menu
Hidangannya
Lepas tuh den masak lunch dengan jayanya. Penuh berkolesterol juga. Haish.
Sambal biasa
Petang sikit kitaorang minum petang keledek rebus.

Lepas Maghrib, sesi packing beg dengan jayanya bagi program ke Melaka tuh.

Malamnya sambil melipat baju 2 bakul den sambung F sambung main order makanan tapi kali nih siap lengkap dengan menu sotong dan udang serta adegan den kena angkat tangan panggil dia untuk order sebab dia busy mengelap meja gittew hehehehehehehe.

Sebelum tidur melayan movie tamil Theri lakonan pelakon terkenal iaitu Vijay yang semakin fit badannya dan semakin putih kulitnya. Tak pasti la dia pakai produk DHerbs ke macam mana.

Habis je movie Tamil tuh dalam pukul 12 tengah malam, den sambung tengok sosial media plak sebelum tidur pengsan.

No comments:

Powered by Blogger.