Kisah Dari Hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Den menghabiskan MC terakhir pada hari ini sebelum mula bekerja pada Isnin depan in sya Allah.

Den hendak kongsikan beberapa cerita sepanjang 7 hari den berkampung di Hospital Shah Alam.

Pemandangan dari wad

Ramai yang cakap apabila masuk wad di hospital adalah masa untuk berehat, boleh banyakkan membaca Al-Quran, berzikir, membaca buku, tengok KDrama dan tidur sampai lebam.

Tetapi den tidak begitu ye.

Tidak tahu la sebab iman setipis kulit bawang atau macam mana tetapi sepanjang 7 hari itu den membaca Al-Quran, berzikir dan membaca buku sekupang dua aje.

Langsung tidak terasa hendak tengok KDrama.

Tidur-tidur ayam sebab 1.45 pagi atau 2 pagi Dr akan datang ambil darah.

Nurse akan periksa tekanan darah 3,4 kali sehari.

Den teringat ramai yang menceritakan arwah Prof Madya Dr Mohd Kamil Ibrahim, pengarang pelbagai buku antaranya Karya Terakhir dan Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman yang tidak pernah meninggalkan solat malam termasuk tahajud setiap hari, membaca Al-Quran dan berzikir sepanjang arwah di wad sehingga akhir hayatnya.

Terasa terpleotnya la diri kalau nak dibandingkan dengan arwah🥲. 

Solat

Disebabkan den kena drip air sepanjang di wad, memang kena solat duduk.

Seminggu solat duduk buat hati rindu hendak sujud.

Bukan sebab den baik.

Tapi sebab selama ini macam tidak perasan yang dapat solat dan sujud dengan sempurna adalah satu rezeki.

Jadinya bila masuk wad, baru perasan yang betapa selama ini kurang/terlupa hendak bersyukur dapat sujud di atas sejadah.

Uniform sepanjang 7 hari

Membaca

Disebabkan den tiba-tiba terus kena masuk wad, jadinya memang tidak bersedia apa pun.

Den pesan dekat si A suruh pilih mana-mana 3 buah buku yang ada atas meja di bilik kedua di rumah.

Sekali nohhh rokiah dipilihnya 3 buah buku yang buat rasa insaf sungguh😅lagi-lagi buku karya arwah Tok Guru Nik Aziz iaitu Persiapan Menghadapi Maut Siri 2.

Kome nengok la buku-buku yang dipilih oleh A😅

Bertuah betul kan anak yang seorang itu.

Patutnya pilih la buku-buku duniawi yang ringan dan manis.

Memang dia suruh mamanya muhasabah diri masa di dalam wad gamaknya ye😅.

Alhamdulillah dalam dok terpleot, den berjaya menghabiskan 2 buah buku iaitu Kompas Surah Al-Mulk dan buku Tuan Guru walaupun tercopot-copot jantung membacanya😅.

Antara pesan Tok Guru yang paling den ingat daripada buku ini adalah untuk sentiasa berdoa agar dilindungi daripada seksaan azab kubur.

Waktu Yang Dinantikan

Sepanjang di wad waktu yang paling den tunggu adalah waktu makan sebab tak tau kenapa macam teruja bila makanan dihantar😅.

Walaupun diet den adalah low cholesterol dan no salt tetap la juga den ternanti-nanti waktu makan.

Antara makanan yang den paling suka bubur yang ala-ala bubur lambuk

7.30 pagi sarapan

12.30 tengahari makan tengahari

3.30 petang minum petang

6 petang makan malam

Den adalah antara pesakit yang makan makanan hospital dengan bersungguh-sungguh😅.

2 Orang Aunties Cina Berumur 70an

Ada 2 orang aunties Cina masuk wad di bilik yang sama dengan den kerana degupan jantung mereka tiba-tiba laju.

Seorang aunty berumur 74 tahun setiap pagi akan briskwalk keliling tasik di rumahnya dan menjaga pemakanannya.

Seorang aunty berumur 72 tahun masih bekerja 8 jam sehari menggosok baju di kedai dobi. Dia mengayuh basikal 30 minit setiap pagi untuk pergi kerja dan mengayuh basikal setiap petang balik ke rumah. Dia juga menjaga pemakanannya.

2 orang aunties ini pesan untuk makan berpada-pada dan bersenam setiap hari.

Badan mereka masih fit pada umur 70an.

Segan den yang baru hendak masuk separuh abad tapi tidak fit langsung🥲.

Kembali Ke Hospital Kerajaan

Ada seorang pesakit ini asalnya membuat dialisis di hospital swasta yang terkenal.

Tetapi tapak untuk dialisisnya ada masalah dan dia diminta untuk ke hospital kerajaan untuk membuat tapak baru.

Katanya hospital swasta tersebut tiada kepakaran untuk membuat tapak bagi dialisis.

Dr Pakar kebanyakannya memang berada di hospital kerajaan tetapi kerana beban tugas yang menggunung, kekurangan kakitangan, masalah pentadbiran dan pengurusan KKM menyebabkan Dr Pakar ramai yang mula beransur pergi.

Kerugian untuk negara dan rakyat sebenarny sebab tidak semua orang mampu ke hospital swasta.

Doktor dan Jururawat Yang Terus Melaksanakan Amanah Walaupun Penat dan Mungkin Burn Out

Ada Doktor dan jururawat yang jadual bertugasnya tidak tahu macam mana tapi hampir setiap hari mereka ada di hospital.

Ada Doktor yang pakai baju yang sama 2,3 hari. Mungkin shift nya panjang barangkali ye.

Semuanya memberikan perkhidmatan dan penerangan dengan penuh sabar walaupun kita boleh nampak betapa letihnya mereka.

Bagi pesakit yang bedridden yang warisnya tidak dapat temankan, jururawat akan tukarkan pampers, berikan susu melalui tiub, dsb walaupun itu bukan skop kerja utama jururawat.

Kerajaan sepatutnya memandang serius isu perjawatan dan kebajikan bagi kakitangan kesihatan.

Momok Difitnah

Malam keempat den di wad, den terdengar bunyi thump...thump...yang berterusan betul-betul di katil kosong (pesakitnya discharged petang tersebut) di hadapan katil den dalam pukul 11.45 malam. 

Den terfikir 'alamak...ada momok ke?'.

Den malas hendak fikir den terus pejam mata sambil letak bantal atas muka dan akhirnya den tertidur.

Masa Dr ambil darah dalam pukul 2.30 pagi, den tengok katil kosong itu telah dialihkan dan diletakkan baldi kerana ada kebocoran rupanya.

So bunyi yang den dengar adalah bunyi air yang menitis laju akibat kebocoran.

Tiada momok.

Tidak pasal-pasal momok difitnah😅.

Masa den discharged, kebocoran masih berlaku

Bayangan Neraka?

Ada seorang pesakit yang jatuh koma 2 hari semasa pengebumian anaknya yang meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung.

Pesakit bercerita sepanjang 2 hari dia koma dia macam ternampak neraka. Terbakar dan warna merah di sana sini. Terlalu panas yang tidak boleh digambarkan.

Den yang terdengar dia bercerita kepada pelawat-pelawatnya langsung seriau.

Berapa Bil 7 Hari Di Hospital?

7 hari di wad + ujian darah setiap hari (mungkin lebih 10 kali darah diambil dan diuji di makmal) + consultation oleh Dr Pakar setiap hari + masuk drip lebih 10 botol + xray + ultrasound + pengambilan tekanan darah 3,4 kali setiap hari + ujian gula sekali setiap hari + ubat gastrik untuk 1 bulan + makan 4 kali sehari sepanjang 7 hari = RM363.

Tetapi disebabkan den kakitangan kerajaan, den tidak buat bayaran apa-apa.

Kalau pun kena bayar RM363 dengan semua perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan adalah terlalu murah. 

Kerajaan menanggung subsidi untuk sektor kesihatan yang bukan kaleng-kaleng.

Malaysia sebenarnya antara negara yang memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan mampu milik untuk rakyat.

Begitulah sedikit sebanyak anekdot sepanjang 7 hari den di hospital.

Semoga den bertambah sihat dan tidak perlu masuk hospital lagi hendaknya.

In sya Allah.


30 comments

  1. Alhamdulillah..ini masuk wad kan..alhamdulillah sembuh dah ..bersyukur kepadaNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah telah keluar dari wad selepas berkampung 1 minggu di sana

      Delete
  2. Ya Allah berbagai2 ujian sakit kan..inilah kehidupan..lepas tu seram ada bunyi..memang takut tu tak lari, itu normal..Ingat Allah banyak2 baru dapat tidur..

    ReplyDelete
  3. Sorry kak..saya tergelak tgk buku yg dipilihnya tu... adoi kalau saya tambah seram plak sbb kita dah le kat spital, diberinya buku² cenggitu mmg insof kejap haha takut down plak semangat tu 😅😅 pape pun alhamdulilah sia dah sihat, dah discharge.. ha pasni bole briskwalk selalu , bak kata aunty² tu jom senam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah makanya. Bertuah betul seorang anak itu ye😅Nampaknya kena la sarung semula kasut sukan yang telah berhabuk dan lama ditinggalkan itu ye

      Delete
  4. Baca kisah ni terus rasa insaf juga. Betul tu KakSarie, waktu sakit tu rindunya rasa nak solat macam biasa, dapat sujud. Ada hikmahnya apa yang telah berlaku. Jaga diri, jaga pemakanan, amalkan gaya hidup yang sihat dan semoga tiada lagi episod di hospital lagi. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah akan diusahakan. Terima kasih Fiza

      Delete
  5. Memang disuruh muhasabah betul tu buku yang dipilih. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan apa yang KSarie cerita. Bila masuk hospital, kita jadi hargai nikmat yang selama ini kita tak tahu sangat lah berharganya, seperti boleh sujud waktu solat. Doktor pakar pun terer-terer kat hospital kerajaan ini, saya alami sendiri dari pengalaman sendiri dan arwah mak saya dulu.
    Nasib baik air bocor ya KSarie, bukan momok betul. Bagus pilihan anak KSarie, buku-buku agama gitew. 😁
    Rasa teratur masa tinggal di hospital bagi saya dulu. Itu yang saya start makan malam pukul 6 petang. Sebab dekat hospital pun dinner pukul 6. Hehe...
    Semoga kita dapat jadikan iktibar dan terus amalkan gaya hidup sihat ya, KSarie. Untuk kesihatan diri sendiri dan juga keluarga kita. Sebab bila kita sebagai emak masuk hospital, kesian dekat suami dan anak-anak, pada pendapat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga KSarie sedar diri dan mula eat clean dan bersenam. Kena jadikan Tot idola ni sebab Tot rajin masak makanan eat clean dan briskwalk sokmo. Ha masa makan di hospital molek sangat tersusun aje kan

      Delete
  7. Alahai buku² pilihan A tu buat Aunty PH pun insaf sekali nak 🤭

    PH pun kalau masuk hospital teruja nak makan makanan yg disediakan. Orang sakit x selera makan, kita ni makan beria pulak.

    Sihat² selalu ye KSarie 🤲🏻

    ReplyDelete
  8. Pandai anak bertuah pilih buku ya ☺️
    Macam² cerita bila berada di hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku pilihan yang buat jantung omaknya tercopot😅

      Delete
  9. Nasib baik bunyi air bocor wad hospital! Ingatkan gangguan hantu malam-malam. Moga dikurniakan kesembuhan berpanjangan dan dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  10. haha tergelak saya tengok buku2 yg dipilih oleh anak ksarie tu. betul2 nk mamanya insaf selama 7 hari duduk hospital ye.
    hospital kerajaan kita memang bagus. walaupun org nampak sistem dia kuranglah, buruklah. saya kesian dgn kakitangan KKM yang bertungkus lumus cuba memberikan yg terbaik, tapi mereka burnt out dgn tugasan, kadang2 dibayar dgn tidak setimpal.. semoga syurga utk mereka semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu. Kakitangan perubatan kita terbaik sangat sebenarnya. Itulah anak bertuah betul-betul suruh mamanya muhasabah diri😅

      Delete
  11. Aduh.... lecehnya kalau kena drip air sepanjang di wad... i feel you

    ReplyDelete
  12. Aduhai anak…agaknya dia fikir orang sakit kenalah perbanyakkan ingat hal akhirat. Tak kasi can langsung baca hal dunia ya 😆

    Perkongsian yang bagus - pasal nikmat sujud dan nikmat kemudahan hospital kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha bertuah betul anak seorang kan? Langsung omma nya 😅

      Delete
  13. Eh ammi pun suka lauk hospital, walaupun tak sesedap mana.

    Ammi dulu masa agak jahilkan...bila masuk ward je terus tak solat sbb tak reti nak solat cemana dengan tangan gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha lauk hospital walaupun banyak yang tawar segala tapi tetap teruja nak makan kan😅? Ha KSarie pun jenuh google segala pasal solat bila tangan ada drip tu

      Delete
  14. Terkejuuuut saya lihat harganya, sebab TERAMAT MURAH 😍😍. Tp tu Krn subsidi utk hospital kerajaan ya kak? Dan hanya untuk warga negara kan?

    Tp sebab saya pernah merasakan juga saat mama di rawat di hospital di Penang, dan biayanya muraaaaah sekali compared dengan rumah sakit Indonesia. Itulah alasan kluarga saya lebih suka berobat di Penang. Krn murah, even yg swasta masih termasuk murah .

    Seraaam kan kalau ingat hari akhir nih, atau bagaimana lah nanti di alam kubur. Sanggub dan kuat taK kita. Cukup tak bekal amal 😔.

    Ngeri, tp tetap saja susah nak perbanyak ibadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Fanny. Harga untuk warga lokal yang ada subsidi oleh kerajaan untuk semua hospital kerajaan. Malaysia sekarang terutamanya Penang bagi hospital swasta sedang fokus pada health tourism - mempromosikan rawatan perubatan pada harga yang munasabah (ikut standard hospital swasta) kepada negara luar

      Delete
  15. Memang profession di persada kesihatan ni sangat mencabar. Hargailah mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....diharapkan JPA dan KKM sedar perkara ini

      Delete