Senja dan Malam di Kuching Waterfront

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar di hari terakhir di bulan Januari 2026 ini?

Sekejap sungguh masa berlalu kan? 

Sementara terajin ayuh sambung cerita pasal Kuching ni ha😅.

Den dan konco-konco berjalan di Kuching Waterfront, Masjid India Bandar Kuching dan Jambatan Darul Hana.

Semuanya sepelaung dekat antara satu sama lain.

Sempat la makan aiskrim gula apong bagai.

Dari cuaca cerah sampai la masuk ke senja.

Cantik molek teruk pemandangan di sini waktu matahari terbenam.

Kami tiga orang je naik 1 sampan ni.

Rezeki sangat.

Boleh bergambar sakan.

Rezeki dapat tengok pemandangan matahari terbenam.

Memang lawa.

Beriya den mengambil gambar sampai tersandar-sandar
Jiran yang seorang ni umur 32 tahun. Tak tau la macam mana dia boleh ngam dengan den yang umur mencecah setengah abad ni. Rajin masak makanan Korea. Suka menghias rumah ala-ala ID. Tauke kraf di @happynest.my
Jiran yang talented. Menulis boleh. Memasak champion. Kraftangan pun bisa. Tauke kedai makan @lepaqplace

Masa pergi lawatan teknikal, melayan anak-anak ikan berjalan di Kuching Waterfront walaupun hujan gerimis.

Makan aiskrim gula apong versi berbeza.

Berjalan merentasi Jambatan Darul Hana.

Melepak tengok fountain show di Kuching Waterfront sampai habis.

Den bila berpergian begitulah.

Walaupun tempat yang sama tetapi pengalaman yang berbeza kerana situasi dan orang yang berbeza.

Nanti kalau kerajinan tahap langit ketujuh, den ceritakan tentang satu tempat yang sama tetapi 3 pengalaman yang berbeza begitu kerana orang, masa dan situasinya berbeza.

Siap ada perkara mistik lagi😅

Kalau tidak sempat cerita kira biarkan aje la ye😅.

 

14 comments

  1. Sebelah malam lagi cantik bergemerlapan je sinaran lampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam memang lagi awesome sebab ada fountain show

      Delete
  2. Eeeee... tak gayat ke sandar2 atas sampan tu? Kalau uncle seriau!

    ReplyDelete
  3. Pernah makan aiskrim gula along tapi bukan di Kuching. Sedaplah, lemak-lemak masin sikit gitu.
    Kuching nampak hidup di kala malam menjelma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie suka makan aiskrim gula apong MokTi

      Delete
  4. Waaah es krim gula apongnya 😍😍😍😍😍. Saya sukaaaa ini.

    Saya dah plan ya kak, kalau nanti bisa ke Sabah dan Sarawak, saya akan habiskan 2 Minggu. Sebab pasti banyaaak yg bisa dieksplor di sana. Apalagi kulinernya sedap2 ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minggu di Sabah sahaja Fanny. 2 minggu lagi di Sarawak sebab tempatnya dan kulinernya banyak sekali

      Delete
  5. Semua best. Kami merasa hampir sama, exactly setahun yang lalu plus minus few days. Malam memang cantik..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuching ni molek sebab dia slow pace dan slow life. Santai je semua di waktu malam

      Delete
  6. Lawanya view di Kuching waterfront. Comel sangat cup aiskrim gula apong itu. Entah bila saya nak sampai Kuching ni. Kakak tengah saya ada seorang di sana. Cantik gambar-gambar yang KSarie ambil. Suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kakak di Kuching Tot udah boleh buat itinerari hendak JJCM di Kuching tu. Seronok Kuching ni sebab dia tenang aje.

      Delete
  7. Gambar kat sampan tu lawa sangat, elok je tgh sunset!
    Night shot kat kuching waterfront tu nais laaa 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie pun suka semua gambar di sampan tu😊

      Delete