Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari Isnin yang indah ini?
Eceh😂.
Baru-baru ini berlaku satu kejadian yang julung-julung kali terjadi sepanjang lebih 24 tahun den bekerja😂.
Kebiasaannya den akan MC bila migrain menyerang.
Sebab den memang tidak akan bisa berfungsi dengan baik.
Sakit kepala dengan terpleotnya.
Siap muntah bagai.
Tidak boleh berada dalam ruang yang sejuk dan panas.
Kena duduk dalam gelap.
Den akan tidur pengsan tanpa pedulikan apa yang terjadi.
Kalau tidak kena gaya siap pakej diarhea sekali.
Dia macam kalau den terjumpa Keanu Reeves chenta hati den tuh di kala migrain pun den akan bolayan dia😅.
Den akan cakap 'I fell in love at the first sight with you when I first saw you in Speed (1994)'.
'I love you still, might be forever but right now I need to sleep off my migraine'.
'So adios'.
Begitu😅.
Walaupun chenta hati tetapi tidak dapat melawan penangan migrain😅.
![]() |
| Chenta hati pun terpaksa dinyahkan bila migrain melanda😅 |
Baru-baru ini bila den hendak tidur waktu malam, den sudah terasa ada hawa-hawa migrain yang lembut.
Biasanya pada keesokan hari den akan pergi klinik, ambil ubat dan dapat MC.
Tetapi terkenangkan den ada temujanji dengan 2 buah kilang.
Makanya den gagahkan diri bekerja walaupun migrainnya tidak boleh dibawa berbincang.
Masa di dalam perjalanan ke kilang yang pertama.
Den minta team singgah di stesen minyak.
Muntah sakan dengan jayanya.
Seusai sampai di kilang pertama dan semasa pendaftaran di pondok pengawal.
Den kena berlari ke longkang besar di luar kilang.
Muntah dengan cemerlang.
Macam Linda Blair muntah masa exorsicm dalam movie Exorcist (1973).
Kome pernah tengok tak cerita ni?
Antara movie horror yang mantap.
Tengok video pada saat 35 ye😂.
Julung-julung kali ye sepanjang den bertugas lebih 24 tahun muntah di longkang di luar kilang.
Dramatik sungguh sesi lawatan tapak pada ketika itu😂.
Mujurlah kami datang bukan untuk tujuan pensampelan air.
Kalau tidak udah sampel air akan terkontaminasi oleh muntah den😂.
Terpleot ye kalau datang ke sesuatu premis untuk pemantauan atau penguatkuasaan tiba-tiba termuntah di premis tersebut😂.
Langsung den teringat KDrama Black (2017) masa Detektif Han Moo-gang termuntah di crime scene di episod 1😂.
Memang kena rembat dengan boss nya sebab kata boss nya macam mana hendak jadi penyiasat kes pembunuhan kalau asyik muntah je kerojenya😂.
![]() |
| Macho tapi muntah sakan pula detektifnya pun😂 |
Ini antara KDrama tentang Grim Reaper yang molek.
Sila tengok ye.
Den ni memang sejak azali air mukanya spesies resting bitch face.
Jenis muka tidak mesra dan mengundang pelempang begitu😂.
Bila den perlu bekerja di kala migrain selepas muntah bagai, dia punya kadar resting bitch face meningkat kepada 2 kali ganda😂.
Lepas selesai muntah di longkang di luar kilang, kami masuk ke dalam kilang untuk pemantauan.
Antara syarat lesen adalah ‘hendaklah mempamerkan lesen di ruang yang mudah dilihat di premis’.
Den pun tanya wakil kilang yang berjumpa dengan kami di masa lesen yang telah diberikan kepada kilang.
Sekali dia kata disimpan di pejabat sumber manusia.
Den pun bagitau pasal syarat lesen perlu dipamer dan adalah menjadi satu kesalahan jika lesen tidak dipamer.
Boleh dikompaun RM5 ribu on the spot.
Sebenarnya ini ayat biasa den bagitau pada setiap premis yang den turun kalau deme tidak pamerkan lesen.
Tetapi disebabkan den bagi makluman ini dalam keadaan menahan sakit kepala akibat migrain dan mulut payau akibat baru lepas muntah, makanya air muka den memang la resting bitch face kuasa tiga begitu.
Langsung la wakil kilang tuh berkesima.
Haishhh kesian betul dekat wakil kilang tu😂.
Tetapi lawatan tapak tersebut berakhir dengan baik.
Tiada kompaun dikeluarkan.
Hanya nasihat penambahbaikan pematuhan syarat lesen diberikan.
Ayat gomen kembali😂.
Lepas lawatan tapak yang dramatik tersebut, harapnya team den sudah boleh faham kenapa den akan MC bila migrain dan den tidak akan tengok segala whatsapp bagai.
Begitulah sebabak drama yang berlaku baru-baru ini.
Semoga den tidak akan muntah lagi di mana-mana premis selepas ini😂.


hahaha kita ada spesis muka yang sama... tu yang org kata ammi sombong tu. Aterrrrr. Tapi akak boleh konon nak cakap skrip panjang berjela kat KR nak jumpa akak masa migrain. Kalau ammi..."i'm not talking" dahhhhh nyah ko dari sisiku.
ReplyDeleteHahahahaha muka macam kita ni selalu orang tersalah sangka kan😅
DeleteTeruk juga tahap migrain KSarie, kalau sampai muntah dan kadang-kadang nak buang air, kan.. Dulu saya tengok Exorcist Linda Blair tu masa first time, zaman sekolah rendah, 2-3 malam juga kena tidor sebilik dengan mak, sebab takuttttt nak tidor sorang. Hehe...
ReplyDeleteHarap migrain tidak lagi menyerang dan pergi jauh-jauh ya. Huggsss...
Ha KSarie pun tengok cerita Exorcist tuh dengan arwah mak. Takut tak habis walaun udah seminggu😅Migrain dengan KSarie udah macam kekasih gelap. Kejap-kejap dia muncul walaupun tidak diundang😅
Deletetakde dakwa dakwi dah lepas nie bila kak Sari ambil MC... hihihi...
ReplyDeletememang wakil kilang tu kana igt smapai bila2 pesanan tu, sebab cuak..
tapi, cmno akak boleh ingat semua scene2 muntah tu??
Hehehhehe KSarie selalu ingat scenes movies/kdramas yang KSarie suka tengok😍
DeleteMesti org kilang tu risau..teruk sgt ke sampai yg datang tu muntah muntah hahahaa...
ReplyDelete🤣🤣🤣🤣
DeletePening dan muntah, kena ke klinik tu ..risau pula membaca, kasihan..bertugas dalam keadaan tak berapa sihat. Semoga segera sembuh ..MOhon doa agar selalu sihat ya..InshaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu. In sya Allahhhh
DeleteKSarie..!! Take care tau. Moga dipermudah kan semua urusan nya ya dan sudah sembuh sepenuhnya. Migrain ni, terkadang ada unsur kesilapan pemakanan. Ada doktor bagitau dan ada kala dulunya agak betul.
ReplyDeleteTqqq Mulan. Ha KSarie punya migrain ni kadang-kadang takde sebab pun dia menyapa😅
Deleteaduh, takleh bayang saya.. dahlah termuntah kat luar kilang orang tu, lepastu masuk dalam macam takde apa2, buat muka serious2 sampai takut wakil kilang tu haha.
ReplyDeletesemoga migrain ksarie dah elok. kacau daun betul time2 sibuk site visit kat luar lah nak muntah sana sini
Itulah...menjejaskan kredibiliti KSarie sebagai staff gomen yang berdedikasi kan😅
DeleteAduhaii dugaan betul tu bila migrain melanda dengan pakej muntah. Menggangu kerja seharian. Harapnya cepat baiklah. Aamiin...
ReplyDeleteDramatik sungguh KakSarie uii...Betul-betul teruk penangan migrain. Movie seram begini tak beranilah saya. Kang terbawa-bawa dalam mimpi parah juga.
Drama Grim reaper tu macam pernah tengok. Tapi ingat-ingat lupa.
Ha KSarie memang kadang-kadang dramatik secara tidak sengaja😅😅😅😅
ReplyDeleteHahahahahha isa saya bayangkan si staff langsung takut dengar Kata2 kakak, ditambah ekspresi pun lagi garang 🤣🤣🤣. Tapi bagus juga kak, langsung sadar dia, untuk segera pamerkan lesen tuh 🤭🤭
ReplyDeleteAir muka garang dan tidak mesra memang sesuai bertugas di bahagian pemantauan😅
DeleteSaya langsung cari tahu drama Korea Black ini kak. Nampaknya menarik 😍. Kalau dah ttg thriller, apalagi yg main Song Seung Heon oppa, fav sayaaaaa dia tuh 😂.
ReplyDeleteManiiis sangat memang wajahnya kan 🤭
Harus tengok Fanny KDrama ini. Song Seung-heon sangat handsome dan berkarisma di dalam KDrama ini. Jalan ceritanya pun menarik sebab pasal roh, grim reaper dan polis
Delete