Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua peserta Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 (TOMER 2022) berpeluang menginap di Steg Hotel, Kuala Lumpur yang merupakan salah satu penaja program ini.

Steg Hotel, Kuala Lumpur viral baru-baru ini kerana kolam renangnya berwarna merah.

Sayangnya kerana masa yang suntuk tidak sempat den hendak mencelupkan kaki pun ke dalam kolam renang ini hhuhuuhuhuhu. 

Steg Hotel ni unik dan awesome sebab walaupun ianya menggunakan konsep minimalis tetapi ada banyak ruang yang awesome banget untuk bergambar.

Bilik Penginapan

Den dan Cik Seri Wangi menginap di bilik Swanky Twin yang mempunyai 2 buah katil single.

Semua kemudahan lengkap di dalam bilik ni.

Ringkas, kemas dan selesa.

Katil empuk banget.

Bilik air selesa.

Sedang elok luasnya untuk menginap dua orang.

Ada pelbagai pilihan bilik hotel di Steg Hotel ni tetapi yang paling best sudah pastinya bilik Steg Suite I & II, The Love Nest dan Sakura Suite yang mana tidak dapat kami jengah kerana telah ditempah pada hari tersebut.

Bilik-bilik lain adalah Groovy (King & Twin), Ritzy (King, Twin & Single) dan Swanky (Twin & Single).

Catchy sangat nama bilik kan.

Macam mengundang untuk aktiviti mencucuk langit hehehehehe.

 

Kolam Renang Merah

Ini pertama kali dalam hidup den berjumpa dengan kolam renang berwarna merah.

Kolam renang biasa tetapi warnanya tuh yang buat unik.

Bilik Mesyuarat dan Kemudahan Lain

Steg Hotel menawarkan ruang dan bilik yang boleh digunakan untuk mesyuarat, bengkel, seminar atau event lain yang boleh memuatkan dari 20 hingga ke 150 orang.

Ada gymnasium juga di sini.

Ruang di Steg Hotel ni juga dijadikan seperti pameran untuk pelukis meletakkan hasil seni mereka.

Sebahagian hasil seni ini adalah untuk dijual.

Disebabkan kedudukan hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur, makanya berdekatan la dengan banyak tempat menarik di sini macam River of Life, Dataran Merdeka, etc.

 

The Transit by JWC

Ini café yang terdapat di lobi hotel.

Comel banget café yang berwarna pink ini.

Kalau ada masa kena datang sini untuk mengopi sebab tempatnya cantik.

Den cuma sempat ambil gambar dari luar je.

Tuscany Steps

Ini tempat yang wajib korang bergambar sebab cantik sungguh binaan tangganya dengan lampu tergantung dan hiasan lain.

Memang instagramable tangga ni.

Dah macam nak buat kulit album hehhehehe
Lorong Puisi merupakan tempat yang korang kena ambil gambar ye tetapi disebabkan kami kesuntukan masa, tidak sempat kami hendak menjengah ke sini.

Gambar-gambar di Lorong Puisi ni den ambil dari laman sesawang hotel.

In sya Allah ada kelapangan di lain masa, den nak datang baca puisi di sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Steg Hotel, korang boleh layari:

Website: https://www.stegkualalumpur.com/

Facebook: https://www.facebook.com/steghotelkl/

Instagram: https://www.instagram.com/steghotelkl

Email: hello@stegkualalumpur.com

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menganjurkan program TOMER 2022 ini.

Tourism Malaysia : @malaysia.truly.asia

Perak Tourism : @tourismperak

KL Tourism : @visitklofficial

Perodua : @perodua

Montanic : @montanic_adventure

Pepsi : @pepsimy

Wonda : @wondacoffee

Steg Hotel : @steghotelkl

Bora Ombak : @boraombak_marinaputrajaya

Bagas Zakaria : @bagas.zakariah

Selangor Fruit Valley: @selangorfruitvalley

 

Tahniah Tourism Malaysia yang menyambut ulangtahun ke 50 pada 2022.

Bersama Melestarikan Pelancongan Negara

 

#TOMER2022 #CutiCutiMalaysia

4 Comments

  1. Unik dan moden design hotel ni. Tak pernah jumpa lagi kolam selain warna biru. Hehe

    ReplyDelete
  2. ada peluang mahu sahaja singgah di tempat ini...macam best jer mandi di kolam merah

    ReplyDelete