World of Phalaenopsis, Ulu Yam, Selangor

Phalaenopsis commonly known as moth orchids is a genus of about seventy species of orchids in the family orchid. Sumber Wikipedia.

Kalau dah nama tempatnya World of Phalaenopsis, dah tentu la ianya tempat bertemakan orkid. Kat sini ada 7 bahagian utama.
1. Showrooms orchids (ada 2 showrooms tertutup).

Kat sini la kita menjamu mata menengok pelbagai warna orkid yang ada. 

Den rasa inilah tarikan utamanya.

Di sini di samping mencuci mata tengok orkid yang meriah, kita juga boleh pilih dan beli orkid yang berkenan di hati. 

Staf di sini akan buat gubahan orkid yang telah kita pilih dengan comel sekali.
Walaupun den bukan peminat orkid (sebenarnya den tak minat bunga apa-apa pun) tetapi bila berada di 'syurga orkid' macam kat sini, secara tak sengaja hati memang akan berbunga-bunga lalu terpaut dengan orkid yang berwarna-warni yang berenyut-renyut di sini.

Bila bawa kiddos yang suka bergelinjang di sana sini macam anak-anak den ni kena super careful la di sini sebab orkid-orkid disusun di para yang laluannya ngam-ngam untuk seorang lalu. 

Kalau terlanggar pasu atau orkid yang terjulur tuh, once broken considered sold ye.
dah macam kena percikan water colour

2. Bilik menjual pasu.

Kalau dah ada orkid yang berkenan di hati, boleh la pilih pasu yang pelbagai bentuk yang ada di sini.
3. Satu ruang terbuka yang menempatkan orkid pelbagai warna.

Kat sini boleh jumpa orkid yang dijual dengan harga termurah iaitu RM 15 sepokok atau RM20 untuk 2 pokok.

Walaupun orkidnya mungkin tak semeriah orkid di dalam showrooms tuh tetapi tetap la jua molek elok je orkidnya.

4. Ruang sedikit yang menempatkan pokok selain orkid.

Ada banyak pokok lain yang dijual di sini macam chrysanthemum, paku pakis, pokok duit-duit, setawar, etc.
5. Café yang sangat santai dan sesuai sangat untuk melepak.

Kita boleh lepak minum kopi hipster dan makan kek sambil menjamu mata dengan keindahan orkid yang dok ada. Serious nyaman dan cozy je suasananya. Den tak singgah minum sebab dok kalut kejar budak-budak ni.
6. Kolam kecil yang ada teratai, kiambang dan ikan

Budak-budak dok kalut tengok ikan kat sini padahal ikan puyu camtuh je pun tapi diaorang memang la akan suka perkara macam ni. Nak kena extra careful sebab takde penghadang di tepi kolam ni. Kot tak kena gaya budak-budak salah step memang boleh terjatuh dalam kolam ni.
Memang terapi minda dan jiwa la tengok bunga beraneka warna yang cantik-cantik ni. Tapi bila pergi dengan kiddos camtuh la kan. Kita dok sakan menghayati kecantikan orkid, depa dok sakan mengacau 3 ekor anjing yang ada kat sini huhuhuhuhu.

7. Nursery orkid (yang pelawat tak boleh masuk).
 
Tempat-tempat yang fragile dan perluka masa untuk dihayati sebenarnya sesuai pergi dengan kawan-kawan sekepala sebenarnya.

Disebabkan dok kalut dengan kiddos tak sempat beli barang sepokok orkid pun sebab dok sakan rambang mata huhuhuhuhu.

Masa kitaorang datang, nampak ada kawasan belah belakang tengah dalam construction untuk dibangunkan. Kalau siap gamaknya akan ada lebih banyak orkid atau pokok-pokok lain kot.

Tempat wajib lawat untuk peminat tegar bunga orkid ye. Sangat berbaloi-baloi.

Kalau nak mudah ke sini, waze je k. Lokasinya terletak di dalam kawasan taman perumahan. So kawasan parking agak limited.

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (8 pagi - 5 petang)

Masuk Percuma

Alamat : 1017, Jalan Batang Kali - Hulu Yam Bharu, Kampung Sungai Kamin, 44300 Batang Kali, Selangor

Telefon : 03-60751133 

8 comments:

  1. Akak memang suka bunga ye? Macam my mom. Dia pun suka sangat dengan bunga. Masa g jejalan kat selangor, tak tahu pula ada tempat ni. Kalau tak da jalan2 cuci mata kat sana sambil lepak, santai2 ke hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok bunga sebab memang cantik sangat, berwarna-warni di sana sini. Kalau berjalan ke Selangor lagi boleh singgah ke sini.

      Delete
  2. rambang mata bila melihat bunga2 orkid yg cantik di sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik abam kie. Kalau siapa peminat orkid memang mau rabak poket shopping kat sini hehehehehehe

      Delete
  3. Cantik sungguh! Sy yg dok baca ni pon dah rambang mata.. sy suka orkid.. tp suka tgk je la.. tanam tu ala2 kemalasan sebab ada yg kata orkid renyah sikit nak tanam.. kadang sekali je la berbunga kalau tak kena cara.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha macam ksarie la ni. Suka je tengok semua jenis bunga pun tetapi setakat ni memang tak terasa nak tanam sebab macam payah je. Sedangkan money plant yang senang hidup pun mati di tangan ksarie, lagi la pokok-pokok fragile macam ni huhuhuhu

      Delete
  4. i should bring my mom kat sini !! mesti dia suka sebab dia suka orkid.
    dulu ada banyak but takdan terjaga habis kasi orang lain tlg jaga. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi peminat orkid, tempat nih memang heaven habis la untuk depa. Serious rambang mata sebab semua orkid cantik-cantik

      Delete

Powered by Blogger.