Tanjung Tirai View, Langkawi

Kalau datang ke Langkawi tapi tak makan seafood macam pelik la kan hehehehehe.

Disebabkan den memang merancang nak berjalan-jalan ke Dataran Lang selepas makan malam, makanya kita cari la kedai makan yang terletak berdekatan Dataran Lang yang reviewnya agak memberangsangkan dengan harga yang tidak beberapa mengerikan (tapi dengan harga seafoods mentah sekarang ni yang memang melonjak-lonjak, memang tak beberapa nak dapat la harga tak ngeri ye).

Makanya kitaorang pilih la Restoran Tanjung Tirai View ni.
Dari restoran ni ke Dataran Lang dalam 5 minit je naik kereta.

Restorannya ni terletak sebelah laut. Makanya kitaorang ala-ala dinner with a view gitu la.
Ada tempat duduk yang betul-betul tepi laut tetapi kitaorang tak duduk situ memandangkan anak-anak den tuh suka bergelinjangan ke hulu ke hilir, kitaorang nak meminimakan kebarangkalian kitaorang tercekik masa makan sebab asyik menjerit kat diaorang dan yang paling penting nak berusaha pastikan tiada insiden jatuh ke dalam laut.
Tak dapat nak duduk sini atas isu keselamatan
Duduk di sini je la
Kitaorang makan ikan siakap (ke ikan lain ye lupa sudah sebab dah lama berlalu kejadian ni) masak special (nih untuk si F sebab dia tak makan seafoods lain selain ikan tak tau la kenapa), udang goreng tepung, sotong bakar dan pepahat and the gang (kupang, etc) masak pedas. Bersekali dengan 4 nasi putih serta 1 jug air tembikai. Untuk dinner macam ni, harganya RM168.
Rasa food dia memang sedap nak-nak pula udang goreng tepung. Tepung ni ada dijual di kedai ni tapi masa kitaorang makan tuh, tepung untuk jualan tuh dah habis. Boleh je la nak beli through FB depa ni bila balik Shah Alam kan tapi tuh la bila dah tak beli masa tuh, makanya memang tak terbeli la sampai ke hari ni.

Tempat ni memang nyaman sebab kita menikmati makan malam yang ada rasa sambil dihembus angin laut gittew.

No comments:

Powered by Blogger.