Surah-Surah Pilihan

Terjumpa cari buku Amalan Surah-Surah Pilihan di bilik den kat ofis. Happy gila sebab tak perlu beli baru. Den dah berangan nak ke Kompleks PKNS hari Jumaat ni untuk cari buku Amalan Surah-Surah Pilihan ni.

Buku Amalan Surah-Surah Pilihan den yang kat rumah tak tau la terselit celah timbunan buku-buku den yang mana, lama sudah ia menghilangkan diri. Rasanya sejak hujung tahun 2018 lagi.

Bonus tadi terjumpa sekali buku Surah Pilihan oleh Pusat Zakat Selangor yang tulisannya besar dan ada makna sekali tadi. Yeay….
Makin tua ni makin rabun mata ni. Makanya print yang besar-besar camni sesuai la untuk den.
Alhamdulillah. I am one happy person today. Small little thing like this do make me happy.

Bila den godek-godek internet, den baru tau ada 8 surah pilihan sebenarnya (setakat yang den terjumpa la ye) iaitu:

1) Surah Al-Kahfi
2) Surah Ar-Rahman
3) Surah As-Sajadah
4) Surah Al-Waqiaah
5) Surah Yasin
6) Surah Al-Mulk
7) Surah Ad-Dukhan
8) Surah Al-Insan

Surah 1 hingga 7 tuh den memang tau sebab ada di dalam buku Amalan Surah-Surah Pilihan (actually ada 6 surah je. Surah Ar-Rahman tiada tapi den pernah jumpa dalam buku lain yang mengatakan Surah Ar-Rahman pun merupakan antara surah pilihan). Tapi surah Al-Insan memang den baru tau hari ni yang ianya tergolong di dalam surah pilihan jua.

Setiap sebuah surah ada fadhilatnya yang tersendiri.

Dalam 8 surah pilihan ni den paling jatuh hati dengan surah Al-Mulk sebab den terpesona dengan alunan surah ni oleh Al-Mishary Rashid Al Afasy. Serious bacaannya menyentuh hati.

Nak hafal semua 8 surah pilihan ni entah bila nak tercapai kan. Padahal elok je menghafal lagu-lagu Bruno Mars kan den ni. Adoi la. Tapi kita cuba la perbaiki diri setakat yang mampu to be a better muslim yar. Tak dapat hafal, dapat baca surah ni sekali sekala pun dah cukup baik. Tak dapat baca, dengar bacaan surah-surah ni masa di pejabat, etc pun okay dah den rasa.

Serious den mengarang entry ni sambil tersenyum-senyum simpul sebab terjumpa buku Amalan Surah-Surah Pilihan.

Alhamdulillah.

2 comments:

  1. walaupun katala kita ni masuk dalam kategori da tau surah2 pilihan ni.. CT suka juga kalau kita still ada buku asing untuk khas surah2 pilihan. santai2 bacaan kita boleh pegang dan rujuk bacaan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh Siti. Bila ada buku surah-surah pilihan senang nak disauk dari lemari dan dibaca bila teringat. Nak bawa ke mana-mana pun senang, lebih nipis dan ringan

      Delete

Powered by Blogger.