Skyrides Festivals Park Putrajaya

Tak plan pun nak ke sini tapi tersinggah lepas check out dari Everly Hotel dan sementara nak menantikan check in di hotel seterusnya.

Skyrides Festivals Park Putrajaya kalau ikut website dia memang nampak gegak gempita. Kalau baca ulasan orang yang pernah ke sini pun majority kata memang best dan berbaloi.

Kalau nak diikutkan ada banyak komponen di dalam Skyrides Festivals Park Putrajaya ni macam Skyrides Ballon, SkyWarrior, SkyKids Warrior, SkyGallery, SkyBuggy, SkyDemo, SkyTaste, SkyKids dan SkyArts.
Monument Alaf Baru yang terdapat kat sini
Tapi yang selalu diwar-warkan oleh ramai rakyat jelata adala Skyrides Ballon di mana kita boleh merasa pengalaman menaiki belon panas tanpa perlu ke Cappadocia…chewahhh. Dengan bayaran setakat den pergi pada awal Februari 2019 iaitu RM45 seorang dewasa, rasanya memang berbaloi la kan sebab dapat menikmati pemandangan Putrajaya dari atas tertinggi yang belon ni mampu pergi.

Ingatkan kalau ada belonnya boleh la mencuba nasib menaikinya tetapi dimaklumkan bahawa Skyrides Ballon sedang di dalam penyelenggaraan. Paling awal Skyrides Ballon beroperasi semula adalah pada bulan Mac 2019.

#a reason to visit Skyrides Festivals Park Putrajaya for a second time later gittew kan.

Masa kitaorang pergi tuh tak ramai orang pun tapi disebabkan panas lit-lit kitaorang jalan sekupang dua je. Ingatkan nak bagi kiddos main kat SkyKids tapi disebabkan dah dok kalut dengan panas terik, dah tak teringat nak cari tempat ni.

Walaupun panas terik, anak-anak den apa diherankan ye tak. Kiddos naik kereta di SkyBuggy. Enjoy sungguh depa naik kereta kat sini. Mujur la pengurusan kat sini sediakan topi. So kiddos pinjam la sekejap topi yang ada kat sini sementara depa memandu kereta. Bayaran yang dikenakan adalah RM15 untuk 4 pusingan.
Dah selesai pandu kereta seorang 2 pusingan, aktiviti riadah di kala matahari memancar terik diteruskan dengan berbasikal sampai basah ketiak dengan bayaran RM25 bagi 20 minit.

Jenuh oiii mengayuh basikal paneh-paneh tuh. Sempat la kitaorang kayuh basikal tuh sampai ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Berehat sekejap melepaskan lelah sebelum kayuh balik semula ke check point asal.
Masjid Besi
Masa dok mengayuh basikal, kitaorang ternampak SkyCruise dok menyusuri Tasik Putrajaya. Disebabkan kitaorang dah pernah naik cruise nih 3,4 tahun lepas, makanya takde la rasa nak naik lagi setakat ni.

Ingatkan nak lunch di Umai Café yang terletak sepelaung dari Masjid Besi tapi disebabkan ramainya orang dok lunch kat situ, kita batalkan je la hasrat nak lunch with the view gittew (pemandangan Masjid Besi dan Tasik Putrajaya).

#another reason to revisit Skyrides Festivals Park Putrajaya hehehhheehee.

Umai Café dikhabarkan antara café yang best di Putrajaya ni. Tuh yang kena datang juga lunch dan melepak di sini one fine day nanti.

Banyak tempat yang kitaorang tak terjengah semasa lawatan pertama ke Skyrides Festivals Park Putrajaya ni.

In sya Allah ada rezeki kita datang lagi ke sini.

Untuk updates terkini tentang aktiviti di Skyrides Festivals Park Putrajaya ni, boleh tengok FB depa ye Skyridesfestivals

2 comments:

  1. masa gi Putrajaya masa cuti CNY lalu cuma pi ke Dataran Putra n kolam renang Presint 16 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time ke Putrajaya boleh singgah ke sini Abam Kie sebab tempat ni menarik juga

      Delete

Powered by Blogger.