Selepas selesai naik titi gantung di FRIM Mata Ayer Perlis dan melawat ladang anggur Jabatan Pertanian Perlis, kitaorang terus je la gerak ke Jeti Kuala Perlis. Sampai di sini pun dah dalam pukul 330 petang.
 
Kat kawasan Jeti Kuala Perlis ni memang banyak je la kan kawasan untuk meletakkan kenderaan bila kita nak ke Langkawi. Kitaorang letakkan kereta kitaorang di kawasan letak kereta berbumbung dengan bayaran RM15/ hari.

Seterusnya makan dulu di kedai yang ada di sekitar Jeti Kuala Perlis sebelum naik feri ke Langkawi.
Kalau pi Perlis tapi tak makan laksa Perlis macam tak lengkap la program kan?
Dari jeti di pekan Kuah, kitaorang berjumpa dengan wakil kereta sewa yang kitaorang pernah guna pekhidmatannya pada tahun 2016.  

Boleh whatsapp Abang Chik di 0133508430 daripada BCL Langkawi Holiday. In sya Allah perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan daripada depa ni.

Kitaorang dapat kereta Axia baru dengan harga RM260 untuk 4 hari (96 jam) iaitu RM 65 sehari. Kira okay la untuk kitaorang. Kitaorang memang nak kereta kecil je sebab senang nak parking kereta dan memang takde plan langsung nak shopping sakan.

Masa tahun 2016, buong tertinggal pouch bag dia dalam kereta sewa syarikat. Sedar pouch bag tuh tertinggal lepas kitaorang dah Shah Alam. Rajin Abang Chik melayan poskan semula pouch bag tuh pada kitaorang.

Dari jeti tuh terus je la ke Riverra Inn Langkawi yang kitaorang dah booking awal through Agoda untuk 2 malam.

Memang takde program apa hari ni sebab semuanya dah kepenatan.

So dah memang temanya berehat kan makanya den mengambil tugas biasa bila berjimbaan di tempat yang ada pool iaitu melayan kiddos melompat riang ria sakan di pool.
Lompatan happy sebab berjimbaan di kala orang lain sekolah
Disebabkan sesi berjimbaan ni dibuat semasa waktu sekolah, makanya memang lengang la kebanyakan hotel dan tempat tumpuan di Langkawi. Makanya ada lagi kan, memang sakan la budak-budak ni conquer pool di hotel tuh.

Lepas dah puas melayan kiddos bergelinjangan di pool, kitaorang keluar mengisi perut keroncong di Tanjung Tirai View Café sebelum berjalan sekupang dua di Dataran Lang.

0 Comments