Itinerary Langkawi 5 Hari 4 Malam

Walaupun cerita ni dah berlalu hampir 5 bulan lepas iaitu pada 26 - 30 September 2018, tetapi tetap la juga den nak abadikan di dalam blog ni untuk kenangan.

Langkawi ni tetap best walaupun dah berapa kali pergi sebab kitaorang pergi tempat yang kitaorang belum pergi lagi.

Tapi kitaorang ni kalau berjalan-jalan ke nursery pokok dah cukup gembira, lagi kan pula berjimbaan ke tempat happening macam Langkawi ni, lagi la happy.

Nak pulak pergi masa bukan cuti sekolah atau apa-apa cuti umum, memang best la sebab tak ramai orang sangat hehehehehehe.

Langkawi Day 1 (26 Sept, Rabu)

Riverra Inn - Tanjung Tirai View Cafe - Dataran Lang

Langkawi Day 2 (27 Sept, Khamis)

Buffalo Park - Harbour Mill Point - Taman Buaya

Langkawi Day 3 (28 Sept, Jumaat)

Sky Cab - Oriental Village - Sweet Inn Motel Pantai Cenang - Nest Rooftop 

Langkawi Day 4 (29 Sept, Sabtu)

Pantai Cenang - Seashells @ Laman Padi - My French Factory  - MARDI Agricultural Park - Primrose Sea View - Pantai Tanjung Rhu 

Langkawi Day 5 (30 Sept, Ahad)

Pia's the Padi - Ladang Nipah Kipli, Kuala Perlis - Bukit Merah Lake Town Resort

5 hari di Langkawi tak cukup nak menjelajah dan melawat semua tempat di Langkawi padahal Langkawi tak la sebesar mana kan. Disebabkan dah tua dan cepat penat, memang dah dirancang awal satu hari paling kuat pergi dua tempat je sebab dah tak mampu nak terkejar-kejar.

Dah katanya nak berjalan-jalan sambil bertenang-tenang kan?

So kalau dah begini keadaannya, memang harus la repeat lagi Langkawi ni di masa hadapan kan hehehehehehee.
Berdekatan Dataran Lang

2 comments:

  1. sebab duduk kat utara ni selalu jugala ke Langkawi. mak ayah pulak dedulu rajin kursus kat sana kita join nempek. memang pegi banyak kali pun best. tappiii kan.. dalam list itinerary tu banyak lagi tempat yang CT xpenah pegi. hehe.. tula keje p Langkawi tau cekelat ja =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkawi memang best kan? Dah beberapa kali pergi pun still banyak tempat yang tersempat nak lawat. Tapi Langkawi memang la sinonim dengan coklat dan correle.

      Delete

Powered by Blogger.