Dataran Lang, Langkawi

Sepanjang beberapa kali den pernah pergi Langkawi, memang den tak pernah jejak kaki ke Dataran Lang sekali pun rasanya.

Makanya pada kali ini kitaorang singgah la kat Dataran Lang ni nak tengok apa yang ada di sini selain tugu burung helang tuh itself.
Dari tempat letak kereta, sebelum menyampaikan ke burung helang tuh, ada bangunan yang macam ada lot-lot kedai tapi den tak sure la memang depa nih beroperasi masa waktu peak season aje ke atau memang waktu siang je depa beroperasi sebab masa kitaorang pergi tuh, takde kedai yang beroperasi pun.
Cantik je bangunannya cuma sunyi sepi.

Dataran Lang ni sesuai untuk melepak mengambil angin malam den rasa. 

Anak-anak den teruja sebab dapat tengok air pancut dan lampu warna-warni di sini.
Tapi disebabkan mungkin bukan peak season, di sekitar tugu burung helang tuh pun sunyi. 

So kalau datang sini better la in group kot sebab takut kena copet ke ape.

Tak lama pun kitaorang kat sini. Lepas ambil gambar sekupang dua di sini, kitaorang pun ucap selamat tinggal kepada tugu burung helang sebelum balik semula ke hotel.

2 comments:

  1. dah 2x gi Langkawi tp yg last tu thn 2005. Kena pi sana lagi. mesti byk dah berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 14 tahun tuh Abam Kie. Harus repeat balik sebab Langkawi nih memang special.

      Delete

Powered by Blogger.