Riverra Inn Langkawi

Hotel ni jauh sedikit dari Pekan Kuah, dalam 10 minit perjalanan tapi okay je la sebab Langkawi nih pun comei je kan. Pusing-pusing sekejap je sampai camtuh.

Biasa la den, kalau ke mana-mana memang biasanya akan ambil hotel bajet sebajet uang di dalam dompet jua hehehehehee.
Hotel ni kemas, bersih dan selesa.

Lobi pun walaupun comel tetapi ruang menunggunya selesa.

Kakitangan yang bertugas di kaunter mesra pelanggan.
Hotel ni dua tingkat. Kitaorang dapat ground floor so memang mudah nak la tak perlu nak naik tangga bagai.

Bilik hotel sederhana besar. Selesa la untuk kitaorang anak beranak menginap kat sini untuk 2 malam.

2 katil single macam ni yang paling sesuai untuk kitaorang empat beranak. Ada la ruang nak bernafas sedikit bila tidur dengan budak-budak yang melasak. Takde la isu tidur di bucu tilam sebab kena tendang dengan depa hehehheehehehehe.
Semua kemudahan yang disediakan di dalam bilik hotel berfungsi dengan baik.
Wifi adalah sangat mantop.

Bilik air pun selesa dan bersih.
Iron dan iron board diletakkan di hujung koridor untuk gunasama semua. Siap dimangga lagi iron dan iron board tuh (barangkali ada kes penghuni bawa masuk dalam bilik lepas tuh lambat gila nak pulangkan semula gittew).

Yang paling best untuk kiddos of course la swimming pool nya.

Walaupun tidak sebesar mana tapi disebabkan kitaorang datang masa low season, makanya pool untuk budak-budak tuh yang punya.
Sakan la depa mandi pool tuh. Lepas check in depa terus mandi sampai Maghrib. Sebelum check out lusanya mandi lagi.

Den seperti biasa la menjadi pak pacak kat tepi kolam tuh. 

Makanan di cafĂ© adalah sangat simple tetapi just nice. Satu makanan berat (pagi pertama ketiaw goreng dan hari kedua nasi goreng. Ada roti bakar, sosej, cereals, juice dan air panas. 

So boleh cater untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak. Macam anak-anak den makan sosej dengan cereals je pun.
Pakej penginapan yang kitaorang ambil di hotel ni termasuk breakfast for four. So memang okay sangat la harganya.

Tempat letak kereta tak banyak tapi kalau penuh boleh letak kereta di tepi jalan.

Memang okay hotel ni.

Hari Rabu malam ada pasar malam berdekatan dengan hotel ni. Boleh kalau nak berjalan kaki dalam 7 - 10 minit. Kitaorang tak sempat nak singgah sebab balik dari Dataran Lang pun dah lambat.

So kalau sesiapa menginap di sini pada hari Rabu, bolehlah menjengah pasar malam tuh kalau berkesempatan.

2 comments:

  1. Lama x pergi Langkawi. Cantik jugak hotel ni. Simple jer design dia. Yang bestnya, ada pool. Anak-anak confirm suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada anak kecik ni, memang hotel macam la yang kita akan cari kan. Simple, ada pool dan mampu milik

      Delete

Powered by Blogger.