Happiness is books shopping gittew.

Disebabkan hari ini ramai orang cuti rehat disebabkan esok adalah cuti Wesak, makanya pejabat agak lengang. Kerja pun dah siap. Makanya sakan la tengok internet pasal buku-buku menarik.

Sumpah niat den mula-mulanya nak tengok je senarai buku apa yang ada di bookexceessonline. Dalam dok browse senarai buku yang dok ada, macam ada beberapa buah buku yang menarik daripada authors yang den minat la pula.

Ada la pula promosi Jom Gembira : Buy 7 Get 1 Free sempena Ramadhan katanya bermula dari 23 May hingga 13 June.

Adoi godaan sungguh la di bulan Ramadhan ni.

Dah add in cart a few books by authors yang den dah pernah baca buku diaorang (Cecilia Ahern, Joanne Harris, JKRowling, Mitch Albon, James Patterson, Stephen King dan Sidney Sheldon), terjumpa pula buku-buku yang sinopsisnya macam menarik walaupun den tak pernah baca buku dari authors tu, makanya tersambar la 8 buah buku huhuhuhuhuhu.

Langsung la akhirnya tershopping buku-buku dengan jayanya walaupun niat asalnya nak window shopping aje huhuhuhuhuhu.

End up with 17 books that cost me RM 294.50 (harga asal RM 324.30 tapi sebab dapat Jom Gembira promotion tu, depa tolak RM 29.80). Dapat free shipping sebab beli lebih dari RM 250.

Adoi la kan. Dah la bonus Kerajaan Negeri belum tau hujung pangkal lagi ni, macam tipis je harapan. Kuih raya yang diorder belum bayar lagi. Tershopping buku pula. Adoi la mak aiiii….memang masak tau.

Apa nak buat? Nasi dah jadi bubur. Makanya marilah kita sabar menanti parcel yang membawa 17 buah buku tuh sampai next week hehhehehehehe.

#dah kena stop tengok buku kat online ni sebab will definitely end up buying them….haish.

0 Comments