Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wow dah lama den tak update blog nih….hampir seminggu rasanya. 

Walaupun blog ni entah kan ada pembaca atau tidak, den tetap berhasrat nak menulis apa-apa yang den minat untuk kenangan pada diri den juga.

In sya Allah akan cuba untuk cerita sedikit sebanyak tentang PRU 14 daripada pandangan rakyat marhaein yang tak pernah minat langsung pasal politik tetapi tetap melaksanakan hak untuk mengundi bagi setiap PRU dan PRK yang telah berlangsung.

In sya Allah akan cuba cerita tentang 24K Magic World Tour Bruno Mars. Superb performance. Suara sebijik sejibon macam dalam recording tracks. Super energetic mamat seorang ni. Made me miss Michael Jackson….haish. In sya Allah den buat satu post pasal nih nanti ye.

Sempena nak menyambut bulan Ramadhan dalam masa 2 hari dan di samping meraikan The New Era of Malaysia, harapnya kita semua dapat bermuhasabah diri, berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam serta dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Lets be a better Muslim.

Lets be a better Malaysian.

0 Comments