Sudah terang jelas lagi bersuluh yang rasuah, salahguna kuasa, etc adalah salah seperti kata Superman, bukan susah benar nak bezakan yang mana benar yang mana salah.
Makanya, the only way untuk menghalang salah laku berterusan secara berleluasa sehingga menggadaikan hak rakyat, untuk menghalang kemaslahatan yang lebih besar, rakyat bersatu padu memilih kepimpinan selain BN (tak kisah la PH ke, PAS ke, Warisan ke, etc)
Walau bagaimanapun, tetap ada ruang untuk kembali ke pangkal jalan.
Sehingga di akhir hayat, Loki kata tetap ada peluang untuk memperbetulkan keadaan, kembali kepada tujuan dan akar umbi perjuangan BN
Seperti Ryan Reynolds nih ha, dikecam teruk sebab Green Lantern movie yang dikategorikan sebagai sampah ini. Tapi dari movie ini dia berkenalan dengan Blake Lively yang akhirnya menjadi isteri dia. Dia redeem diri dia dengan menjadi superhero yang kelakar melalui Deadpool. Harapnya BN dapat redeem menjadi lebih cemerlang, gemilang terbilang, ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat, etc.
Kenapa BN kalah teruk pada PRU14? Boleh tengok ulasan dan komentar pelbagai lapisan masyarakat tentang ini. So why do BN fall? So that BN can learn to be humble in power, melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan selayaknya, jelas tentang pemimpin berkhidmat kepada rakyat, etc
Mohon BN jangan berduka nestapa lama-lama sangat sebab rakyat memerlukan semua barisan kepimpinan BN untuk menjadi pembangkang yang terbaik di Malaysia. BN mempunyai pengalaman luas di dalam urustadbir negara. Mohon balance and check PH. Di samping itu jangan lupa make the greatest comeback in history sebagaimana Robert Downey Jr yang masuk jail beberapa kali akibat dadah berjaya bangun semula menjadi superhero Iron Man yang membolehkan Marvel buat 19 superheroes movies sepanjang 10 tahun ini. Of course ada je la greatest comeback in political history tapi den tak minat nak siasat. All the best to BN untuk bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku sepanjang hampir 9 tahun ini. Semoga berjaya menjadi pembangkang yang berkaliber. Good luck juga di dalam misi persediaan membuat comeback terhebat pada PRU15. May the force be with you.

0 Comments