Dumex Dugro meneruskan objektif mereka untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak melalui So Much More Stories yang menyediakan aktiviti menarik dengan tema pengembaraan ke angkasa luar Dugro bermula pada 2 hingga 6 Mei ini dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Bertempat di Ground Floor, Blue Concourse, Sunway Pyramid, Dumex Dugro menyediakan lima (5) jenis aktiviti utama untuk kanak-kanak sertai untuk mereka belajar, bermain dan berimaginasi di dalam pengembaraan Yaya di angkasa di dalam misi untuk pulang ke bumi.

Selepas kita mendaftar di kaunter yang terletak di pintu masuk, kita akan diberikan sehelai kertas yang mengandungi ruangan kosong di setiap 5 aktiviti yang terlibat di mana selepas selesai setiap aktiviti, kita perlu dapatkan cop bintang di ruangan tersebut.

Aktiviti pertama adalah pengembaraan mengira bintang yang terdapat di dalam terowong mini iaitu Galatic Tunnel.
Anak-anak sedang mengira bintang

Aktiviti kedua adalah penerangan oleh kakitangan Dumex Dugro tentang misi menyelamatkan Yaya yang tersesat untuk pulang ke planet Marikh di dalam Mission To Rescue.
Kusyuk mendengar penerangan misi menyelamat

Aktiviti ketiga yang anak-anak den paling suka adalah membaling bola ke dalam planet-planet yang disediakan di dalam Shoot For The Planets.

Aktiviti seterusnya adalah melengkapkan puzzle di dalam Reunite Yaya With Family.
Bersungguh-sungguh si tembun sorang ni memasang puzzle

Aktiviti terakhir adalah anak-anak menaiki kereta yang dibentukkan menjadi roket di dalam misi terakhir iaitu Get Your Ride Home.
On your mark.....
Go.......
Selepas menyelesaikan kelima-lima aktiviti di dalam pengembaraan angkasa ini dan mendapatkan semua cop bintang seperti yang dikehendaki, kanak-kanak boleh mengambil gambar di dua tempat yang disediakan di sekitar road show ini.

Selepas semua bintang diperoleh dan gambar kanak-kanak diambil, ibu bapa boleh berkongsi aktiviti di So Much More Stories Roadshow di instagram dan facebook masing-masing dengan hashtag #DumexDugroMY dan #SoMuchMoreStories bagi mendapatkan sekeping gambar yang ibu bapa pilih untuk dicetak buat kenangan.

Seterusnya adalah aktiviti bebas di mana kanak-kanak diberi minuman susu Dumex Dugro dan boleh menghabiskan masa dengan aktiviti mewarna di ruang yang disediakan.
Penat naw gayanya mewarna tuh. Mewarna sikit minum susu kejap dia. Lepas tuh sambung mewarna balik
Kesayangan sorang ni

So Much More Stories Roadshow turut menyediakan bekalan susu Dumex Dugro untuk dibeli oleh ibu bapa dengan tawaran yang menarik seperti pembelian 2 packs Dumex Dugro 900 g untuk mendapatkan free gift playmat + storage bag ini yang mana produk dwi fungsi (2 in 1) yang portable iaitu playmat + storage bag yang sangat ceria warna dan coraknya yang memang disukai oleh kanak-kanak. Serious comel. 

Pembelian 4 packs Dumex Dugro 900 g membolehkan kita mendapatkan buku cerita rekaan khas (custom made) berkaitan angkasa lepas yang didatangkan dalam 4 jenis cerita.

Pembelian produk Dumex Dugro ini adalah untuk sebarang variasi ye.

Menarik kan kalau anak kita memang minum susu Dumex Dugro sebab dengan pembelian susu, kita juga berpeluang mendapatkan free gift yang sememangya sesuai untuk anak-anak.

Bagi keluarga yang masih tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk anak-anak pada hujung minggu ini, jom bawa mereka ke roadshow Dumex Dugro yang akan berakhir pada Ahad ini. Masih ada 2 hari sebelum roadshow ini berakhir. Lets the kids have fun there k.

0 Comments