Bawa family in law makan kenduri. Sepupu buong kawin.
A very tiring journey. Kematu bontot.
 
Sabtu - Shah Alam - Kuala Selangor - Butterworth - Kokdiang (10 hours journey). Merentasi Perak. Singgah umah abah di Penang sekejap. Gerak kul 1130 am dari KSelangor. Sampai Kokdiang kul 1 am. Menempuh jam di Sabak Bernam & Perak.
Ahad - Kokdiang - Marang (12 hours journey). Gerak dari Kokdiang dalam kul 1030 am. Sampai Marang kul 11 pm. Merentasi Grik, Perak & Jeli, Kelantan. Penat pitam rasanye.

Isnin - Marang - Kuala Selangor - Shah Alam (10 hours journey). Gerak dari Marang dalam 145 pm. Sampai Shah Alam dalam 1230 am. Merentasi Pahang. Lepas terowong di Genting Sempah tuh jam sampai la ke Gombak.

Boleh dikatakan perjalanan merentasi barat, utara dan timur Semenanjung Malaysia la dalam masa 3 hari. Cuma tak pergi bahagian selatan je (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor).

Rasanya sepanjang den dok naik kete pergi berjalan-jalan, nih la perjalanan yang paling panjang & sangat meletihkan.

Tapi moh kita kira perkara-perkara positif daripada trip nih:

1. kitaorang singgah umah abah kat Penang. So dapat la ziarah abah & family walopun kejap. Sempat la den bagi ikan bilis, udang kering, etc yang den belikan kat Sabah ari tuh;

2. sementara ada rejki sihat nih, boleh la bawa family in law jalan-jalan;

3. first time kot dalam life merentasi beberapa negeri dalam masa 3 hari. Boleh cross list dalam bucket list camtuh;

4. last sekali pergi terengganu dalam 3 tahun lepas. So dapat la berjalan sekupang kat Pantai Tanjung Rhu, Marang yang den tak pernah sampai;

5. nasib baik the kiddos okay je walopun depa pun letih sama duduk je dalam kete; dan

6. den dapat abiskan baca 1 buku ceite (The Kite Runner).

So its not bad after all right walopun bontot memang serius kematu.

0 Comments