Kalo dikira betoi-betoi den bersama Allahyarham atok hanya 5 tahun, daripada umoq 10 tahun hingga 15 tahun sebelum den masuk asrama, UKM, keje & ada family sendiri.

Still ada banyak sangat kenangan dengan Allahyarham atok.

She was the one who received me & my sister after my mom died with open heart, mind & hands. That was almost 28 years ago.

She raised us with lots of love.

She was with me all the way. Daripada den kanak-kanak - remaja - dewasa - isteri - omak.

Den masih ingat our adventures. Antaranya:

1. naik bas ke Terengganu. She was with my aunt taking care of my cousins yang bersunat. Den sibuk main & makan keropok leko je la masa tuh. Tak tolong apa pun.

2. naik bas ke Kluang. Singgah makan kat Marrybrown kalo tak silap. Masa tuh den rasa nuggets Marrybrown yang terpaling sedap. She took care some family matters. Den cuma happy dapat jumpa & main dengan 2 orang cousins perempuan yang hampir sebaya.

3. naik bas ke Kota Bharu. She visited her besan a few times. Den sibuk makan buah nipah, gulai itik, berjimbaan dengan kawan-kawan. Masa den kena chicken pox kat sini, she was the one yang sapukan bedak sejuk, etc.

4. naik bas ke Kedah (tak ingat mana) visited my aunty masa uncle bertugas kat sana.
5. followed her to Tanjung Malim when she visited her besan for a few times. Den dapat baca buku-buku Siri Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis bersungguh-sungguh di sini.

Allahyarham atok ajar den buat bedak sejuk daripada tepung beras. Jenoh oooo titik bedak sejuk tuh sebijik demi sebijik.

Bila nak raya je masa den skolah & kat U, she will asked me to kilatkan dulang-dulang tembaga (serious keje yang boring gila & den akan buat dalam keadaan protes), masukkan kuih-kuih raya dalam balang, masukkan duit-duit raya untuk cucu-cucu lain, etc.

Masa she did not have the atm card yet, den antara tukang isi borang BSN untuk ambil pencen. Kadang-kadang sekali isi 3,4 borang.

Lepas lutut Allahyarham atok dimasukkan besi (titanum ke?), she will laugh when I said she is the true Robocop sebab ada besi dalam badan hehehehhehee.

I used to watch drama Gerak Khas with her hahahhahahaa. Sampai sekarang kalo tertengok sedutan Gerak Khas nih mesti teringat kat Allahyarham.

Masa zaman den ada ramai kawan lelaki, she was okay when the guys came over to the house. Siap ada sorang mamat tuh datang masa den takde kat umah, den ada kat asrama masa tuh. She allowed him to stay for 3 days at her house. Setiap kali den bawa mana-mana guys datang umah, she always okay je sembang dengan depa.

Tak pernah pun she asked me depa tuh pakwe den ke apa, serious tak pernah tanya.

Bila den dah keje, she always reminded me to give some money to abah. Jarang sangat Allahyarham nak amik duit kalo den bagi. 

Bila den balik kampung dengan kancil, akan ada aktiviti membeli membeli pokok-pokok di nursery with her.

Bila den cakap nak kawin, the one & only question she asked was 'sungguh ke betoi nak kawin dengan dia nih?'. Maybe sebab Allahyarham konpius sebab den ada ramai kawan lelaki......hahahhhahahaaha.

Masa den bersalin kat F in 2010, she stayed with me for almost 30 days during the confinement. Allahyarham atok cukoq rambut F, pesoh me & F, etc.

Masa den bersalin kat A in March 2014, she came to visit me at PPUM. She was in wheelchair at dat time but still she said 'atok tak boleh dah jaga sari & baby sebab atok dah tak larat'.

Lepas kawin & ada anak-anak, memang tak banyak spend time dengan Allahyarham. She always said its okay bila den tepon cakap tak dapat nak balik kampung, etc.

Sometimes terlupa hakikat she will leave us all coz she was always there at kampung, waiting for anak cucu cicit to come. 

Haish....kalo nak dicatatkan all the memories memang ianya akan jadi entry terpaling panjang dalam blog den nih.

Al Fatihah untuk Allahyarham Hajah Rubaayah binti Ariffin, my beloved grandma.
My beloved grandma with F, almost 6 years ago

0 Comments