Den tengok movie Korea kat tv9 tajuk Harmony. Masa tengok iklan trailer movie nih den dah agak dah movie nih akan menumpahkan air mata. Movie nih tahun 2010.

Ceite pasal banduan wanita kat penjara yang buat group koir sebagai program reformasi. Mula-mula depa dok bercakaran & bergaduh gak sesama sendiri tapi akhirnya diaorang dapat bekerjasama membentuk 1 kumpulan koir yang best dengan bantuan pegawai penjara.

Setiap orang dalam group koir ada ceite tersendiri pasal nape depa masuk penjara.

Konduktor koir, bekas guru muzik tengah tunggu hukuman mati coz dia melanggar suami dia & student dia sebab ada affair.

Jeong kena hukuman 10 tahun penjara atas tuduhan membunuh suaminya yang suka mendera. Masa masuk penjara dia tengah mengandung. Dia bersalin & besarkan baby dia dalam penjara sampai anaknya 1 tahun lebih.

Lepas tuh dia kena serahkan anak dia kepada satu pasangan cikgu sebagai anak angkat.

Scene masa dia tengok anak dia diamik dek cikgu tuh memang menjuraikan air mata la.

Ada banduan yang meracun suami & anaknya, mencuri pagar sekolah jual kat besi buruk, ahli gusti yang terpatahkan leher pengurus yang cilok duitnye, memblasah lintah darat, terbunuh kawan-kawan, etc.

Lepas 4 tahun, koir diaorang dapat jemputan menyanyi kat pertandingan Koir Kebangsaan & setiap family banduan dibagi tiket untuk tengok show tuh.

Lepas depa menyanyi, ada koir budak-budak lelaki dalam 5 tahun naik menyanyi atas pentas dengan diaorang lagu sempena Krismas. Anak Jeong lead koir tuh. Dia pegang tangan Jeong masa depa nyanyi tuh. Nih pun scene yang menitiskan air mata coz tak sangka dapat jumpa anaknya.

Lepas abis koir,  masing-masing dapat jumpa family masing-masing sekejap. Memang touching abis scenes nih.

Jeong jumpa dengan mak angkat anaknya. Dia bagi hadiah album kat Jeong. Anaknye peluk & cium dia sebelum berpisah. Nangisss.....

Dalam bas balik ke penjara, Jeong tengok album tuh. Ada gambar-gambar anak dia membesar, main bola, sambut besday, etc. Nangis lagi.

Akhirnya group koir tuh menyanyi dalam dalam bilik penjara masing-masing masa konduktor berjalan pergi nak menjalani hukuman mati.

Movie nih memang menyentuh perasaan coz ia menceritakan banduan punya side of their story & persahabatan diaorang dalam mengharungi hidup dalam penjara & persepsi orang awam pada depa.

Den memang tak nak tengok movie nih coz den dah agak akan menitiskan air mata punyalah. Tapi den tengok jugak sebab den bley agak movie nih macam best.

4 stars. Really worth it walopun mata bengkak.

0 Comments